• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kontrak jalur lebar Yes 5G dipendekkan, harga kekal murah dengan data tanpa had

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:52 pm
  • 19/12/2023
  • Komen
231219 Yes 5G Wayarles
Share on FacebookShare on Twitter

Mencari pelan jalur lebar pantas dengan tempoh pilihan kontrak lebih pendek? Untuk promosi Krimas, Yes 5G menawarkan pilihan kontrak 12 bulan untuk pelan jalur lebar tanpa wayar Yes 5G dengan router 5G pada harga hanya RM99/bulan.

Yes 5G wayarles + router 5G dengan kontrak 12 bulan

231219 Yes 5G Wayarles

Biasanya untuk kombo pelan jalur lebar 5G tanpa wayar dengan router Infinite Gateway 5G WiFi 6 percuma dikenakan kontrak 24 bulan . Namun menerusi promosi Krimas, anda boleh mendapatkan pelan jalur lebar dan router Infinite Gateway yang sama dengan kontrak pendek selama 12 bulan sahaja. Bezanya, anda perlu membayar RM299 sebagai pendahuluan untuk router tersebut.



Walaupun perlu membayar pendahuluan yang lebih tinggi semasa pendaftaran, tetapi untuk tempoh jangka masa panjang, ia boleh dianggap sebagai pilihan yang lebih berpatutan. Ini kerana ada boleh bertukar kepada pelan Flexi Jalur Lebar Tanpa Wayar hanya RM58 sebulan selepas kontrak tamat.

Pelan Flexi tersebut turut menawarkan data dan kelajuan 5G tanpa had. Tetapi jika bertukar kepada rangkaian 4G, ia mempunyai had kuota lebih rendah sebanyak 100GB, berbanding 150GB dengan pelan Gateway RM99 sebulan.



231219 Yes 5G Wayarles

Router yang disertakan menyokong kedua-dua jalur 2.4GHz dan 5GHz, malah boleh dihubungkan sehingga 32 peranti. 

Perkhidmatan jalur lebar 5G tanpa wayar adalah alternatif kepada jalur lebar gentian kerana anda boleh memasangkan dengan cepat tanpa sebarang pendawaian atau pemasangan rumit. Tetapi jika anda lebih sukakan sambungan berwayar ke router, terdapat satu port LAN pada bahagian belakang peranti.

Dari aspek kelajuan, ia bergantung pada liputan 5G di kawasan anda yang digunakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Secara purata, sesetengah lokasi boleh memberikan antara 300-500Mbps untuk muat turun. Menurut Yes 5G, DNB berjanji untuk menyampaikan kelajuan muat turun minimum sekurang-kurangnya 100Mbps dalam kawasan liputan 5G.

Polisi pemulangan Yes 5G wayarles

Risau capaian Yes 5G dalam rumah tidak memuaskan? Jangan bimbang, Yes 5G turut menawarkan polisi pemulangan 7 hari sekiranya liputan di rumah anda lemah.

231219 Yes 5G Wayarles

Untuk melayakkan diri mendapat polisi pemulangan tersebut, anda perlu menyerahkan permohonan menerusi Yes Store dalam tempoh masa 7 hari dan tidak mendapat sebarang liputan atau sambungan yang lemah di premis berdaftar. Selain itu, anda juga tidak boleh melebihi 10GB penggunaan data dalam tempoh masa 7 hari tersebut.

Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut mengenai pelan Yes 5G wayarles itu, anda boleh layari laman web Yes 5G.

Bacaan berkaitan:

  • Yes 5G Infinite beri pas perayauan tanpa had Singapura, data “tanpa had” & percuma
  • Yes 5G: Ini senarai harga iPhone 15 beserta pelan Infinite+ dan SST
  • Yes 5G dah ada eSIM. Bagaimana cara untuk dapatkannya?
Tags: jalur lebar wayarles 5Grouter 5Gyes 5gYes 5G wayarles
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231219 Yes 5G Wayarles

Kontrak jalur lebar Yes 5G dipendekkan, harga kekal murah dengan data tanpa had

19 December 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN