[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]
Android 14 telah baru dilancarkan dan Samsung adalah antara pengeluar terawal menyediakannya di telefon pintar Galaxy. Malah, ia ditambah menjadi lebih hebat menerusi One UI 6 yang kini telah tersedia untuk siri Galaxy S23 dan Galaxy Z Flip5 | Z Fold5.
Kalau anda gemar muat naik gambar, story atau reel di media sosial, One UI 6 harus anda gunakan kerana ia kini hadir dengan fungsi penyunting gambar dan video yang sangat hebat. Boleh sunting macam profesional tau.
Akses pantas AI untuk gambar/video
Mesti anda mengambil banyak gambar dan video buat kenangan kerana telefon Samsung memiliki kamera yang sangat bagus. Tetapi ada masanya, anda mahu membuat sedikit pengubahsuaian tetapi tidak pasti di mana hendak bermula.
Dengan One UI 6, ia kini menyediakan cadangan AI yang boleh memberitahu pengguna, apa yang boleh diubah supaya gambar/video itu lebih menarik. Di aplikasi Gallery, sapu ke atas gambar yang ingin diubah dan AI akan memberi cadangan, seperti Object Eraser untuk membuang perkara yang tidak diingini, Background Effect untuk ubah kekaburan atau Remaster untuk meningkatkan kualiti.
Suntingan video profesional dengan Samsung Studio
Penyunting video di One UI 6 kini ibarat kegunaan profesional kerana ia menyediakan berbilang lapisan untuk suntingan lebih mudah, bagi pelbagai objek berbeza seperti pelekat, teks dan bunyi.
Ia juga boleh disimpan sebagai projek jika perlu untuk membuat suntingan lain di masa akan datang. Simpan dan buka semula jika mahu mengubahsuai sedikit atau banyak.
Widget lebih bermanfaat
Ada banyak widget baru dan sangat berguna ditambah ke dalam One UI 6. Antaranya widget Custom Camera. Pengguna telefon Galaxy boleh menyimpan tetapan khusus, yang akan dilancar apabila membuka Custom Camera. Contohnya kamera hadapan dan mod Portrait, seterusnya disimpan di folder Swafoto.
Widget cuaca atau Weather yang baru menyediakan ulasan lebih bermaklumat tentang keadaan di tempat pengguna. Ia juga akan memberi ramalan cuaca penting jika bakal berlaku keadaan yang buruk.
Lebih selamat, lebih privasi
Selain memberi pelbagai fungsi kreatif di One UI 6, Samsung turut mempertingkat fungsi keselamatan supaya pengguna sentiasa dilindungi. Fungsi baru Auto Blocker menghalang aplikasi dari sumber yang tidak diketahui, serta menyemak jika ada aplikasi yang mencurigakan cuba menjalankan arahan yang tidak sepatutnya.
Mesej yang merbahaya juga ditapis oleh Samsung Message, terutama oleh warga emas dan kanak-kanak yang tidak sedar tentang bahaya atas talian.
Gaya hidup moden dan digital
Nak berbelanja? Tiada tunai, tiada masalah dengan peranti Samsung. One UI 6 menyediakan pusat sehenti Samsung Wallet. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk pembayaran melalui Samsung Pay, tetapi boleh juga menyimpan pelbagai tiket dan baucar seperti[k2] pas penerbangan, kunci kereta digital dan banyak lagi.
Samsung Wallet boleh diselaraskan di dalam Calendar supaya pengguna sentiasa diingatkan tarikh luput baucar. Malah, pas penerbangan atau kod QR peribadi boleh dikongsikan kepada orang lain jika perlu, menerusi Samsung Wallet.
One UI 6 adalah kemaskini terunggul untuk peranti Galaxy anda
Tidak syak lagi, One UI 6 menjadikan telefon pintar Samsung Galaxy lebih pintar. Ia membuka ruang kreativiti lebih luas untuk pengguna mengekspresikan diri, di samping menyediakan perlindungan pelbagai sudut.
Masih banyak lagi perkara ditawarkan oleh One UI 6 untuk telefon pintar Samsung Galaxy. Inilah masanya untuk merasainya dan untuk tahu lebih lanjut, layari laman web www.samsung.com/my/one-ui/.