• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Tempah Huawei Freeclip sekarang, percuma jam dan alat kecergasan bernilai RM367

  • OLEH Najib
  • 5:25 pm
  • 20/12/2023
  • Komen
Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna
Share on FacebookShare on Twitter

Fon putik terbuka unik Huawei Freeclip dah tiba di Malaysia. Malah, harga dan promosi tempahan awal turut diumumkan. Kepada yang berminat memilikinnya, anda harus membuat tempahan awal untuk mendapatkan hadiah percuma yang disediakan.

Harga dan Promosi Tempahan Awal

Seperti yang dijangkan sebelum ini, Huawei Freeclip akan dijual di Malaysia pada harga RM899. Ini meletakkannya sebagai fon putik berkualiti tinggi sebaris AirPods Pro dan Sony WF-1000XM5. Tetapi fon putik Huawei ini unik dan berbeza daripada fon putik biasa.



Tempahan awal untuk Huawei Freeclip dibuka mulai hari ini, 20 Disember 2023 di Stor Online Huawei, dan Stor Rasmi Huawei di Lazada dan Shopee. Pembeli tempahan awal akan menermima hadiah bernilai RM367 iaitu:

  • Pakej Hadiah Aktiviti Luar Rumah
  • Gelang Pintar Huawei Band 8
  • 1-tahun Penggantian Kehilangan

Huawei Freeclip boleh dimiliki dalam dua pilihan warna, antara hitam dan ungu. Ia akan dijual di Malaysia mulai 5 Januari 2024.



Spesifikasi Huawei FreeClip

Terdapat tiga bahagian utama yang membentuk fon putik FreeClip iaitu Comfort Bean, Acoustic Ball, dan rekaan Jambatan-C. Comfort Bean berbentuk seperti kekacang, menjadi penstabil dan memberi sokongan agar pengguna berasa selesa memakainya. Acoustic Ball adalah tempat bunyi dikeluarkan dan Jambatan-C menjadi penghubung antara Comfort Bean dan Acoustic Ball.

Rekaan ini memberi pengalaman bunyi terbuka di telinga, sekaligus menghilangkan rasa tertekan kerana telinga tertutup. Walaupun sistem bunyi terbuka, FreeClip menyingkir bunyi yang didengari pengguna daripada didengar orang lain, menerusi sistem getaran bunyi terbalik. Konsep yang terbalik dari penyaring hingar aktif (ANC). Tetapi dengan sistem terbuka ini, ia tidak boleh dilengkapi ANC.

FreeClip juga direka tidak membebankan telinga, dengan berat hanya 5.6 gram di putih. Tambah menarik lagi, rekaan ini membolehkan ia tiada putik kiri dan kanan khusus. Ini adalah pertama seumpamanya dalam rekaan putik yang boleh dipakai di mana-mana bahagian, dan akan mengesan secara automatik kiri dan kanan telinga pengguna.

Hayat bateri juga sangat panjang, ditambah ketiadaan ANC. Di putik sahaja, ia boleh memainkan lagu berterusan sehingga 8 jam. Bersama bekas pengecas, ia memberi khidmat sehingga 36 jam. Mengecas selama 10 minit pula memberi masa penggunaan sehingga 3 jam. Bekas pengecas ini menyokong pengecasan berwayar menerusi USB-C, atau pengecas wayarles.

Kawalan di putik boleh dibuat secara sentuhan. Dua kali ketuk pada putik untuk berhenti atau memainkan semula lagi, dan menjawab atau menamatkan panggilan. Tiga ketuk pula untuk melangkau lagu. Tetapi tetapan ini boleh dibuahsuai mengikut keperluan pengguna.

Walaupun boleh disambung secara Bluetooth dengan pelbagai peranti termasuk Android, iOS dan Windows, Huawei FreeClip menyokong sambungan berbilang peranti. Pengguna boleh mendengar serentak dari telefon dan laptop, jika kedua-duanya bersambung ke FreeClip.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman produk Huawei FreeClip.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna
  • Huawei MatePad Pro 13.2″ nak lawan Tab S9 Ultra dan iPad Pro, dapatkan baucar RM1 sekarang
  • Huawei MateBook D 16 (2024) guna pemproses Intel Core i9 gen-13 dan grafik Iris Xe
Tags: fon putikHuaweiHuawei FreeClip
Najib

Najib

POPULAR

Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna

Tempah Huawei Freeclip sekarang, percuma jam dan alat kecergasan bernilai RM367

20 December 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN