• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua hari tol percuma sempena perayaan Krismas, jangan tersilap hari

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:11 pm
  • 21/12/2023
  • Komen
Plaza tol MyRFID Touch n Go
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena cuti perayaan Krismas yang akan disambut pada hari Isnin, 25 Disember 2023, kerajaan bersetuju untuk memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya pada hari Sabtu, 23 Disember dan hari Selasa, 26 Disember 2023.

Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kenderaan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim. 



Pemberian TOL PERCUMA pada 23 dan 26 Disember 2023 sempena perayaan Krismas di semua lebuh raya KECUALI plaza tol di sempadan negara. pic.twitter.com/jcvRbOOCzj

— Kementerian Kerja Raya Malaysia (@moworksmy) December 21, 2023

Pemilihan tarikh tersebut adalah bertujuan untuk mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar. Ia juga dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di sepanjang kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya. 

Pemberian tol percuma tersebut yang merupakan inisiatif kerajaan Perpaduan diharapkan dapat meringankan beban perjalanan semua rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman untuk melawat ahli keluarga dan menyambut Hari Krismas atau bercuti bersama keluarga sempena musim cuti sekolah.



Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemas kini menerusi media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LMM) di Facebook atau X secara berkala. Untuk talian bantuan LLM pula, hubungi 1-800-88-7752.

Bacaan berkaitan:

  • 11 lebuhraya mula guna Sistem Pembayaran Terbuka, Jambatan Pulau Pinang akan laksana kemudian
  • Lebuhraya DUKE terima pembayaran kad kredit dan debit bermula 28 Ogos
  • Lebuhraya MEX: Bayar tol guna kad kredit, Samsung Pay atau Apple Pay lagi cepat dari Touch n Go?
Tags: KrismasTol percuma
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Plaza tol MyRFID Touch n Go

Dua hari tol percuma sempena perayaan Krismas, jangan tersilap hari

21 December 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER