• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TikTok kini lebih mesra tablet & telefon lipat, boleh ditonton mendatar

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:55 pm
  • 21/12/2023
  • Komen
Telefon pintar dari TikTok? Biar betul!
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi media sosial, TikTok telah dikemas kini untuk membolehkan ia digunakan pada tablet dan peranti boleh lipat dengan lebih serasi. Kemas kini baharu tersebut juga akan memberikan pengguna paparan kandungan dengan “kejelasan yang dipertingkatkan”.

Aplikasi tersebut juga telah menambah ciri baharu seperti pilihan bar navigasi pada bahagian atas dan bawah skrin untuk memudahkan akses tab dan video.



Tonton TikTok dengan paparan mendatar

Selain paparan menegak, melalui kemas kini tersebut anda juga boleh menonton video dengan paparan orientasi mendatar. Saiz paparan video akan dikecilkan, tetapi ia akan lebih selesa digunakan untuk tempoh lebih lama khususnya pada tablet.

231221 TikTok Tablet

Mod mendatar baharu juga memberikan pencipta kandungan sudut baharu untuk mencipta video kerana ia tidak dikunci kepada mod menegak sahaja.



TikTok juga akan meneruskan percubaan dengan ciri seperti Suapan Topik, yang membolehkan orang ramai meneroka video daripada kategori seperti Permainan, Makanan, Fesyen dan Sukan.

Kemas kini tersebut sudah tersedia untuk digunakan, jadi pastikan anda sudah mengemas kini aplikasi TikTok pada tablet atau peranti boleh lipat anda untuk dapat memanfaatkan sepenuhnya ciri baharu yang ditawarkan. 

[Sumber: TikTok]

Bacaan berkaitan:

  • SKMM akan terbitkan rangka kerja kawal selia media sosial dalam masa sebulan
  • KKD kaji sama ada perlu ikut langkah Indonesia haramkan TikTok Shop
  • TikTok sedang menguji pelan berbayar tanpa iklan, macam YouTube
Tags: androidappleipadtablet androidTikTok
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Telefon pintar dari TikTok? Biar betul!

TikTok kini lebih mesra tablet & telefon lipat, boleh ditonton mendatar

21 December 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN