• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG lancar MyView Smart Monitor 27”, hadir dengan WebOS 23 dan fungsi ThinQ

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:01 pm
  • 27/12/2023
  • Komen
LG lancar MyView Smart Monitor 27”, hadir dengan WebOS 23 dan fungsi ThinQ
Share on FacebookShare on Twitter

LG Electronics Malaysia telah mengumumkan ketibaan monitor terbaru mereka, MyView Smart Monitor 27-inci 27SR50F ke Malaysia. Menariknya, ia adalah monitor pintar yang hadir dengan pelbagai fungsi untuk kegunaan hiburan dan produktiviti, serta dikuasakan platform WebOS 23.

Harga dan tempahan awal

Monitor terbaru LG ini telah boleh mula dipra tempah kepada mereka yang berminat bermula sekarang sehingga 21 Januari 2024. Hanya ada satu saiz paparan yang tersedia iaitu 27-inci dan harga jualan rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • LG MyView Smart Monitor 27-inci 27SR50F – RM1,049

Untuk lakukan tempahan, ia hanya eksklusif dibuka stor rasmi LG di Lazada.

Spesifikasi LG MyView Smart Monitor 27SR50F

LG MyView Smart Monitor 27SR50F hadir dengan paparan berukuran 27 inci menggunakan panel IPS pada resolusi HD Penuh dalam nisbah 16:9. Ia memiliki warna gamut NTSC seluas 72% dengan nisbah kontras 1000:1, serta kedalaman warna 16.7 juta. Kecerahan puncak yang disokong pada 250 nits dan ia ada kadar penyegaran 60Hz serta masa respons 14ms. Terdapat juga sokongan HDR 10 pada monitor ini.



Seperkara yang menarik pada monitor ini adalah ia dikuasakan platform WebOS 23. Ini membolehkan pengguna untuk mengakses aplikasi penstriman seperti Netflix, YouTube dan juga aplikasi Home Office seperti Microsoft 365 dan pelbagai servis Google terus dari monitor tanpa perlu bersambung pada komputer. Lebih menarik, ia juga hadir dengan fungsi ThinQ Home Hub yang membenarkannya untuk berintegrasi dengan perkakas rumah IoT.

Dengan aplikasi ThinQ juga, pengguna boleh mengawal monitor terus dari telefon untuk melaras kelantangan suara, menghidupkan monitor, mengubah saluran dan mencari kandungan.

Selain itu, monitor ini dilengkapi ciri Home Board Screen di mana pengguna boleh menyuaikan profil sukan mereka mengikut kegemaran. Sementara itu, terdapat juga fungsi LG Mood Music yang dapat berikan pengalaman mendengar musik lebih peribadi dengan menyusun senarai lagu berdasarkan kesukaan pengguna.

Tambahan pula, jika perlu berkongsi skrin, monitor ini menyokong AirPlay 2 dan Screen Share untuk sambungan lancar bersama peranti Apple dan juga Android. Untuk sambungan port fizikal, terdapat dua port USB-A dan dua port HDMI di belakang monitor. Sistem bunyinya dipacu oleh speaker stereo dengan kuasa 5W.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk MyView Smart Monitor 27-inci 27SR50F.

Bacaan berkaitan

  • LG OLED Evo G3 Malaysia: Sehingga 70% lebih cerah dengan teknologi MLA terbaharu
  • LG OLED Evo C3 Malaysia: Panel TV kini lebih cerah dan dipacu cip generasi ke-6
  • LG OLED A3: TV kelas permulaan dengan webOS 23 dan cip A7 AI Processor 4K Gen6
Tags: 27SR50FlgLG MyView Smart Monitor 27”
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

LG lancar MyView Smart Monitor 27”, hadir dengan WebOS 23 dan fungsi ThinQ

LG lancar MyView Smart Monitor 27”, hadir dengan WebOS 23 dan fungsi ThinQ

27 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER