• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple dibenar jual Apple Watch semula di A.S, tapi secara sementara

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:50 am
  • 28/12/2023
  • Komen
Apple dibenar jual Apple Watch semula di A.S, tapi secara sementara
Share on FacebookShare on Twitter

Apple beroleh kejayaan sementara. Mahkamah rayuan Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan sementara terhadap arahan daripada International Trade Comission (ITC) negara itu supaya Watch Ultra 2 dan Watch Series 9 diharamkan penjualannya di dalam pasaran A.S atas dakwaan sebab pelaggaran akta hak cipta.

Pejualannya sudahpun dihentikan sejak 26 Disember 2023 lalu dan Apple boleh meneruskan penjualan kedua-dua produk itu bermula sekarang. Mahakamah memberikan pihak ITC sehingga 10 Januari 2024 untuk memberi balasan terhadap perminataan Apple sebelum menentukan sekatan itu akan dilanjutkan ataupun tidak.



Tentang pengharaman penjualan Apple Watch pada 26 Disember 2023

ITC pada 16 Disember 2023 lalu telah mengeluarkan arahan supaya Watch Ultra 2 dan Watch Series 9 dihentikan jualannya pada 26 Disemebr 2023. Satu syarikat teknologi di A.S mendakwa Apple menggunakan paten dimiliki oleh pihaknya, iaitu teknologi sensor pengesan oksigen dalam darah hasil kajian mereka dan Apple telah gunakannya sejak tahun 2020.

Konflik antara Apple dengan Masimo bukannya baru tercetus baru-baru ini, sebaliknya sejak 2013 lagi. Dikhabarkan yang Apple mempunyai hasrat untuk membeli syarikat Masimo, pastinya salah satu objektifnya adalah beroleh teknologi yang akan mereka masukkan dalam Apple Watch kelak.



Namun, atas sebab-sebab tidak diketahui cadangan itu terbantu, sebaliknya dua orang staf Masimo telah berpindah syarikat dan membangunkan teknologi pengesanan oksigen dalam darah mereka sendiri.

Berbalik kepada pemberhentian jualan Apple Watch, arahan ini hanya terpakai dalam pasaran A.S sahaja. Di negara luar termasuklah Malaysia, penjualan adalah berjalan seperti biasa.

Sumber: Telecom.com, News.com.au

Bacaan berkaitan

Aston Martin dan Porsche antara terawal guna Apple CarPlay versi baharu

2 model Apple Watch diharam penjualannya bermula 26 Disember 2023, ini sebabnya

Ini sebab kenapa jangan beli iPhone terpakai

Tags: appleapple watchapple watch 9apple watch ultra 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple dibenar jual Apple Watch semula di A.S, tapi secara sementara

Apple dibenar jual Apple Watch semula di A.S, tapi secara sementara

28 December 2023
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN