• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Miliki Redmagic 9 Pro dengan diskaun RM750 untuk tempoh terhad

  • OLEH Najib
  • 6:22 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
Miliki Redmagic 9 Pro dengan diskaun RM750 untuk tempoh terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar gaming berkuasa tinggi yang baru, RedMagic 9 Pro telah dilancar di China sebulan yang lalu. Ia kini telah diumumkan akan hadir ke Malaysia bersama harga dan promosi jualan awal.

Seperti sebelumnya, hanya RedMagic 9 Pro akan dijual di Malaysia. Tiada kelibat RedMagic 9 Pro+ dengan RAM 24GB kelihatan akan keluar dari China. Walaupun begitu, ia masih sebuah telefon gaming yang hebat dan mungkin boleh merampas takhta telefon gaming terbaik untuk tahun 2024.



Harga dan Promosi RedMagic 9 Pro

Kepada yang berminat mendapatkan telefon gaming berkuasa Snapdragon 8 Gen 3, boleh membeli RedMagic 9 Pro mulai 1 Januari 2024. Selama 8-hari, ia akan dijual dengan diskaun sebanyak RM750 secara eksklusif di Shopee Mall.

Harga rasmi dan harga promosi RedMagic 9 Pro dalam tempoh promosi (1-8 Januari 2024) adalah seperti berikut:



  • RedMagic 9 Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,699 RM2,949
  • RedMagic 9 Pro (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM4,499 RM3,749
Harga promosi Redmagic 9 Pro

Terdapat tiga warna disediakan iaitu warna Sleet (Hitam) untuk varian 256GB, dan warna Cyclone (hitam lutsinar) atau Snowfall (perak lutsinar) bagi varian 512GB.

Spesifikasi RedMagic 9 Pro

RedMagic memastikan telefon pintar terbaru mereka memiliki prestasi tertinggi. Ia dikuasakan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3 4nm, bersama RAM LPDDR5X sehingga 12GB. Storan pula jenis UFS 4.0 dari 256GB sehingga 256GB.

Kipas berlampu RGB di Redmagic 9 Pro

Keunikan telefon RedMagic sejak sekian lama adalah kipas penyejuk terbina di dalam peranti. Kali ini siri RedMagic 9 Pro dipasang dengan sistem penyejuk ICE 13 bersama kipas yang berputar selaju 22,000RPM serta lampu RGB. Ini membantu mengurangkan haba yang dilepaskan dan meningkatkan kestabilan peranti untuk menjalankan permainan berkuasa tinggi.

Skrin hadapan penuh tanpa lubang dan takuk

Skrin hadapannya jenis AMOLED keluaran BOE, berukuran 6.8-inci FHD+ (2480×1116) dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahannya mencecah 1,600nits. Ia ada kamera hadapan tersembunyi di belakang skrin generasi ke-5, serta pengimbas capjari di dalam skrin. Menambah kehebatan skrin ini adalah teknologi PWM 2,160Hz yang mengurangkan keletihan mata.

Kamera hadapan tersembunyi

Kamera hadapan yang tersembunyi itu memiliki sensor 16MP. Manakala di belakang, ia datang dengan dua kamera iaitu kamera utama 50MP menggunakan sensor Samsung JN5 dan OIS, serta kamera ultra lebar 50MP dengan sensor Samsung JN1.

Kamera belakang rata tanpa bonjol

Bermain game kini boleh tahan lebih lama di RedMagic 9 Pro kerana ia dilengkapi bateri sebesar 6,500mAh. Pengecas juga ditingkatkan kepada 80W. Port USB-C pula jenis USB 3.2, boleh menghantar data lebih pantas dan menyokong paparan luar resolusi tinggi.

Bateri 6,500mAh dan pengecas 80W

Sistem bunyi stereo diuruskan menerusi dua pembesar suara linear 1115K tetapi menembak ke tepi. Ia menyokong teknologi Snapdragon Sound dan DTS:X Ultra. Jika perlu sambungan berwayar, jek audio 3.5mm turut disediakan.

Perkara terpenting sudah pasti adalah butang bahu, yang menambah pengalaman bermain lebih hebat. Telefon ini juga dihiasi dengan rekaan ala Cyberpunk dan beberapa garis lampu RGB untuk meningkatkan lagi keseronokan bermain game.

Sistem operasi Android 14 digunakan, dilapisi antaramuka REDMAGIC OS 9.0. Ia juga hadir dengan perisian Game Space yang dikuasakan pembantu AI untuk mengenal pasti permainan dan menyediakan tetapan terbaik untuknya. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmagic 9 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • RedMagic 9 Pro akan guna kamera yang telah dilupakan tetapi disukai ramai
  • RedMagic 9 Pro: Telefon gaming idaman dengan kamera rata dan bateri paling besar
  • RedMagic Cyberbuds DAO, fon putik gaming wayarles dengan rekaan futuristik dan lampu RGB hanya RM1,499
Tags: RedMagicRedMagic 9 Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Miliki Redmagic 9 Pro dengan diskaun RM750 untuk tempoh terhad

Miliki Redmagic 9 Pro dengan diskaun RM750 untuk tempoh terhad

28 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER