• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C67 bakal dilancar Januari 2024, pertama dengan Snapdragon & kamera utama 108MP

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:10 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
231228 Realme C67
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah melancarkan Realme C67 untuk pasaran Indonesia pada pertengahan bulan Disember 2023, pastinya peminat jenama Realme di Malaysia, tertanya-tanya bila telefon pintar siri C itu akan mula memasuki pasaran tempatan.

Berita baiknya, sempena sambutan tahun baharu, Realme telah menetapkan pelancaran C67, yang menampilkan kamera utama 108MP serta dikuasakan cipset Snapdragon, yang pertama dalam barisan siri C, di Malaysia pada 4 Januari 2024.



231228 Realme C67

Untuk makluman anda, Realme C67 telah diperkenalkan di pasaran Indonesia pada 19 Disember lalu.

Spesifikasi Realme C67

Realme C67 dilengkapi skrin 6.72 inci, dengan resolusi 1080×2400 FHD+ dan kadar penyegaran 90Hz serta kecerahan sehingga 950 nits, yang memaksimumkan penggunaan dalam cahaya matahari. 



Dijana cipset Snapdragon 685 6nm, yang dapat melancarkan permainan video serta membuka pelbagai aplikasi tanpa halangan, bersama pilihan storan 128GB atau 256GB. Tambahan memori luaran sehingga 2TB juga tersedia.

231228 Realme C67

Untuk aspek fotografi, kamera utamanya menawarkan 108MP f/1.75 yang dilengkapi teknologi 3x In-sensor Zoom, malah dikatakan sebagai telefon pintar yang pertama dalam kelasnya yang menawarkan teknologi ini. Ia juga dilengkapi 8MP f/2.05 kamera selfie.

Untuk memberikan hasil video yang lebih stabil dan mengurangkan efek bergoyang, telefon pintar keluaran Realme juga dilengkapi dengan EIS (Electronic Image Stabilization). 

Tenaga telefon C67 disalur oleh bateri berkapasiti 5,000 mAH bersama pengecasan pantas SUPERVOOC 33W. Ciri-ciri lain termasuk dwi stereo speaker, Bluetooth 5.0, Penderia Geomagnet, Sensor jarak, Penderia Cahaya, Penderia Pecutan dan Giroskop.

231228 Realme C67

Realme C67 juga menawarkan fungsi eksklusif Kapsul Mini 2.0, versi terkini Kapsul Mini Realme. Fungsi tersebut adalah sama dengan ciri Dynamic Island yang miliki Apple, notifikasi yang muncul pada bahagian atas skrin, pada bahagian kamera hadapan dan Realme adalah jenama telefon Android pertama dengan ciri ini.

Sebagai perbandingan, Realme C67 dijual di Indonesia pada harga bermula Rp2.599.000 (~RM778) untuk model RAM 8GB dengan storan 128GB dan Rp2.999.000 (~RM897) bagi model RAM 8GB dengan storan 256GB.

Buat masa ini, tidak pasti sama ada varian yang sama akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak. Untuk maklumat lanjut, kenalah tunggu pelancarannya yang akan berlangsung dalam tempoh seminggu lagi.

Bacaan berkaitan:

  • Realme C51 kini lebih murah, harga baru bawah RM500
  • Realme GT 3 1TB dengan pengecas 240W hanya RM2,799, percuma fon putik dan pembersih udara
  • Realme GT3 240W dengan storan 1TB, akan dijual tak sampai RM3,000 di Malaysia
Tags: RealmeRealme C67Realme Malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
231228 Realme C67

Realme C67 bakal dilancar Januari 2024, pertama dengan Snapdragon & kamera utama 108MP

28 December 2023
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER