• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C51 kini lebih murah, harga baru bawah RM500

  • OLEH Najib
  • 4:51 pm
  • 21/12/2023
  • Komen
Realme C51 kini lebih murah, harga baru bawah RM500
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar Realme C51 telah dilancar di Malaysia pada bulan September lepas. Hari ini, Realme Malaysia mengumumkan penurunan harga kekal untuk telefon pintar mampu milik ini. Ia juga adalah telefon pintar dengan fungsi unik ‘Dynamic Island’ paling murah keluaran Realme.

Harga untuk Realme C51 kini diturunkan sebanyak RM50, menjadikan harga rasminya kepada:



  • Realme C51 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM549 RM499

Realme memasarkan Realme C51 dengan empat perkara melampaui jangkaan pengguna iaitu storan besar, RAM besar, pengecas besar dan kamera besar. Jika berminat, anda boleh mendapatkan Realme C51 dengan harga baru ini di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Realme C51

Prestasi Realme C51 agak serupa dengan Realme C53 kerana ia dikuasakan cip Unisoc T612 12nm. RAM LPDDR4x 4GB dipasang padanya, bersama storan dalaman 128GB. RAM ini boleh ditambah 4GB secara dinamik, menjadikan jumlah RAM kepada 8GB. Kad mikroSD sehingga 2TB diterima untuk meluaskan ruang simpanan.



Skrinnya jenis LCD berukuran 6.74-inci, beresolusi HD dengan kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan 560 nits. Keunikan skrin ini adalah takuk ‘Mini Capsule’ yang boleh dibesarkan seperti ‘Dynamic Island’ di iPhone 15 untuk memaparkan pelbagai maklumat.

Kamera hadapan di dalam takuk menggunakan sensor 5MP F2.2. Di belakang, ia dipasang kamera utama 50MP F1.8 dan kamera kedua dipanggil kamera AI.

Bateri 5,000mAh di dalamnya menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W menerusi USB-C. Ia ada speaker mono dan mengekalkan jek audio 3.5mm.

Sistem operasi Realme UI 4.0 T-Edition berasaskan Android 13 digunakan pada Realme C51. Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, antara hijau dan hitam. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme C51.

Bacaan Berkaitan

  • Realme C51 ada ‘Dynamic Island’ dan 4 benda besar pada harga RM549 sahaja
  • Realme C53: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme C55: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Realme C55, telefon Android pertama dengan ‘Dynamic Island’ akan tiba di Malaysia
Tags: mobileRealmerealme c51
Najib

Najib

POPULAR

Realme C51 kini lebih murah, harga baru bawah RM500

Realme C51 kini lebih murah, harga baru bawah RM500

21 December 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN