• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A15 kini dengan skrin Super AMOLED dan kemaskini keselamatan 5 tahun

  • OLEH Najib
  • 1:14 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
Samsung Galaxy A15 kini dengan skrin Super AMOLED dan kemaskini keselamatan 5 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia dilihat telah menyenaraikan beberapa telefon pintar baru siri Galaxy A di laman web, tetapi belum mengumumkannya secara rasmi. Kerana itu, ia masih tiada tanda harga rasmi dan masih belum dapat dibeli.

Terdapat tiga telefon baru yang disenaraikan, dengan harganya dijangka sekitar RM1,000 iaitu Galaxy A25 5G, Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G.



Tiga model baru disenaraikan di laman web Samsung Malaysia: Galaxy A25 5G, Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G

Bagi Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G, kedua-dua telefon ini memiliki spesifikasi yang serupa dalam semua aspek, kecuali cipset yang digunakan. Malah, model terbaru ini menerima naik taraf yang agak besar berbanding model sebelumnya.

Spesifikasi Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G

Bercerita tentang perbezaannya, Galaxy A15 5G dikuasakan cip Mediatek Dimensity 6100+ 6nm dan menyokong rangkaian 5G. Manakala Galaxy A15 4G menggunakan cip Mediatek Helio G99 6nm tanpa 5G. Kedua-dua cip ini menggunakan teras yang sama iaitu 2-teras Cortex A76 2.2GHz dan 6-teras Cortex-A55 2.0GHz. Bermakna, prestasi kedua-duanya mungkin sama, tetapi berbeza di sokongan rangkaian 5G.



Skrin Super AMOLED 90Hz FHD di Galaxy A15

Seterusnya adalah pada RAM dan storan. Di bahagian spesifikasi, Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G disenaraikan di laman web Samsung Malaysia dengan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Jika ya, ini adalah satu naik taraf kerana Galaxy A14 dahulu dilancar dengan storan 128GB sahaja. Selain itu, kad mikroSD diterima sehingga 1TB.

Selain sokongan 5G, kedua-dua telefon ini berkongsi spesifikasi yang sama. Di bahagian paparan, ia menerima naik taraf yang besar kerana menggunakan skrin Super AMOLED 90Hz, dengan resolusi HD Penuh. Tetapi pengimbas capjari terletak di dalam butang kuasa di sisi, bukan di dalam skrin.

Kamera hadapan dan kamera belakang Galaxy A15

Jika ada yang mengecewakan adalah pada bahagian kamera kerana ia tidak berbeza dengan model sebelum ini. Bagi kamera hadapan, ia menggunakan senesor 13MP F2.0 yang terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin. Di belakang, ia menggabungkan tiga kamera iaitu kamera utama 50MP F1.8, kamera ultralebar 5MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

Kapasiti bateri di dalam pula masih 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui sambungan USB-C. Walaupun pengecas lebih laju, pengguna harus membeli pengecas atau menggunakan pengecas lain kerana ia tidak diberikan di dalam kotak.

Satu lagi naik taraf terbesar di model terbaru ini adalah sokongan perisian. Jika Galaxy A14 menyokong 2 kali naik taraf OS dan 4 tahun naik taraf keselamatan, Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G dijamin kemaskini OS sebanyak 4 kali dan naik taraf keselamatan selama 5 tahun. Ini setanding dengan model flagship Samsung seperti Galaxy S23 dan juga Galaxy Z Fold 5.

Warna Galaxy A15 4G (kiri) dan warna Galaxy A15 5G (kanan)

Untuk pilihan warna, laman web Samsung menyenaraikan tiga warna yang sama nama untuk kedua-dua model iaitu hitam, biru dan kuning. Tetapi jika diteliti, warna untuk Galaxy A15 5G berbeza sedikit dengan Galaxy A15 4G, kerana ada sentuhan warna biru yang berbeza di belakang.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedua-dua telefon baru ini, layari laman produk Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G. Mungkin kita akan mengetahui harga untuk telefon ini pada awal tahun hadapan. Selain itu, adakah Samsung akan memberi jaminan kilang selama 2-tahun untuk Galaxy A15, seperti Galaxy A14 sebelum ini?

Bacaan Berkaitan

  • Hidup lebih tenang bersama Galaxy A14, ada jaminan 2 tahun dan kemaskini perisian 4 tahun
  • Galaxy A14 5G, solusi Samsung untuk telefon 5G paling mampu milik
  • Samsung Galaxy A24 dilancar dengan sokongan OS setara Galaxy S23
Tags: galaxy a15samsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A15 kini dengan skrin Super AMOLED dan kemaskini keselamatan 5 tahun

Samsung Galaxy A15 kini dengan skrin Super AMOLED dan kemaskini keselamatan 5 tahun

28 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER