• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hidup lebih tenang bersama Galaxy A14, ada jaminan 2 tahun dan kemaskini perisian 4 tahun

  • OLEH Najib
  • 6:11 pm
  • 13/03/2023
  • Komen
Hidup lebih tenang bersama Galaxy A14, ada jaminan 2 tahun dan kemaskini perisian 4 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah meningkatkan lagi garis minima yang perlu ada di telefon pintar dengan melancarkan peranti mampu milik baru, Galaxy A14. Pengguna yang membeli Galaxy A14 boleh hidup dengan lebih tenang lebih lama, kerana Samsung Malaysia memberikan tempoh jaminan waranti dan kemaskini yang lebih panjang daripada peranti di kategori yang sama.

Harga dan tawaran unik Galaxy A14

Seperti namanya, Galaxy A14 menggantikan tempat Galaxy A13 yang dilancar pada bulan Mac 2022. Ia akan mula dijual di Malaysia pada 15 Mac 2023. Untuk harganya, Samsung Malaysia mengekalkan hanya satu varian serta harga yang serupa iaitu:



  • Galaxy A14 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM799

Tetapi bukan setakat ini, pemilik Galaxy A14 akan menerima jaminan waranti selama 2 tahun, kebiasannya hanya 1 tahun pada peranti dengan harga sebegini. Malah, jaminan kemaskini untuk Galaxy A14 diberikan selama 4 tahun dengan kemaskini sistem operasi selama 2 tahun.

Cuma, Samsung menyatakan tawaran jaminan 2 tahun ini untuk pembelian dari 15 Mac sehingga 31 Disember 2023. Tetapi ini adalah masa yang sangat panjang untuk pembeli.



Walaupun ia tidak sepanjang peranti flagship dan kelas pertengahan Samsung yang lain iaitu 5 tahun kemaskini keselamatan dan 4 kali kemaskini OS, langkah Samsung ini sangat bagus kerana memberi kemaskini yang biasanya tidak diterima langsung oleh peranti kelas permulaan.

Spesifikasi Galaxy A14

Samsung harus dipuji dengan jaminan kemaskini untuk Galaxy A14, tetapi di bahagian lain sangat mengecewakan. Ini kerana Samsung A14 masih menggunakan cip Exynos 850 yang sama seperti di Galaxy A13 dan Galaxy A21s yang dilancar tahun 2020. RAM masih kekal sebanyak 6GB dan menyokong teknologi maya RAM Plus, dengan jumlah RAM 12GB. Storan juga masih 128GB dan menerima kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrin di Galaxy A14 masih jenis LCD 6.6-inci HD Penuh, bertakuk V kecil di atas dan kadar penyegaran 60Hz. Takuk kecil di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 13MP F2.0, sedikit naik taraf berbanding Galaxy A13. Pengimbas capjari terdapat di dalam butang kuasa di sisi telefon.

Kamera belakang pula dilihat ada sedikit kekurangan. Berbanding empat kamera di Galaxy A13, hanya ada tiga kamera untuk Galaxy A14 iaitu kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 5MP dan kamera makro 2MP. Tiada lagi kamera potret yang sebenarnya tidak berguna sangat. Apa yang menarik, kamera belakang Galaxy A14 menggunakan rekaan yang mirip siri Galaxy S23 iaitu tiada langsung bonjolan kamera, hanya ada lensa kecil.

Kapasiti bateri masih sama iaitu 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantass 15W menerusi USB-C. Bagaimanapun, Samsung menyatakan tiada lagi pengecas diberikan di dalam kotak. Boleh kata, ini adalah telefon Samsung pertama di bawah RM1,000 tiada kepala pengecas di dalam kotak.

Galaxy A14 datang siap dengan sistem operasi OneUI 5.1 berasaskan Android 13. Dengan jaminan Samsung, ia akan menerima kemaskini OS sehingga Android 15. Laman produk Samsung menyenaraikan empat warna untuk Galaxy A14, tetapi Samsung Malaysia menyatakan hanya ada tiga warna disediakan iaitu hitam, perak dan merah gelap. Tiada warna hijau.

Untuk maklumat lanjut layari laman produk Samsung Galaxy A14.

Bacaan Berkaitan

  • Galaxy A13 dan Galaxy A23: Telefon mampu milik baru Samsung di bawah RM1,000
  • Galaxy A13 5G, satu lagi telefon 5G mampu milik yang tak perlu dimiliki
  • Samsung janji kemaskini keselamatan peranti terpilih sekurang-kurangnya 4 tahun
Tags: Galaxy A14samsungsamsung galaxy a14
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Hidup lebih tenang bersama Galaxy A14, ada jaminan 2 tahun dan kemaskini perisian 4 tahun

Hidup lebih tenang bersama Galaxy A14, ada jaminan 2 tahun dan kemaskini perisian 4 tahun

13 Mac 2023
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER