• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A25 5G guna cip lama Exynos tetapi ada speaker stereo

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 28/12/2023
  • Komen
Samsung Galaxy A25 5G guna cip lama Exynos tetapi ada speaker stereo
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Galaxy A15 dalam varian 4G dan 5G, Samsung Malaysia turut menyenaraikan Galaxy A25 5G sebagai telefon yang baru. Tetapi kali ini tidak ditawarkan dalam varian 4G sahaja.

Model sebelum ini, Galaxy A24 tidak menyokong rangkaian 5G, model yang baru ini disertakan sokongan 5G. Sudah pasti, ada beberapa naik taraf lain turut disertakan. Bagaimanapun, harga rasminya masih tidak diumumkan.



Spesifikasi Galaxy A25 5G

Tambahan sokongan 5G pada Galaxy A25 dijayakan dengan penggunaan cip Exynos 1280 5nm keluaran Samsung. Cip yang berusia hampir 2 tahun ini pernah digunakan di model lama seperti Galaxy A53 dan Galaxy A33. Walaupun begitu, Galaxy A25 masih tidak kalis air.

Laman web Samsung menunjukkan Galaxy A25 memiliki RAM sebanyak 8GB, serta storan dalaman 256GB. Ini storan yang lebih besar berbanding Galaxy A24 dahulu. Jika perlu, kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan lagi ruang storan.



Ada sedikit naik taraf pada skrin Super AMOLED 6.5-inci di Galaxy A25. Ia kini ada kadar penyegaran 120Hz tetapi kekal di resolusi HD Penuh. Skrin ini memiliki tahap kecerahan setinggi 1,000 nits. Pengimbas capjari masih kekal di butang kuasa di sisi, masih tiada di dalam skrin.

Di kamera juga ada sedikit naik taraf. Kamera hadapan di dalam takuk di dahi skrin menggunakan sensor 13MP F2.2. Kamera belakang masih kekal tiga, dengan perubahan pada kamera ultralebar kepada 8MP F2.2. Kamera utama masih dengan sensor 50MP F1.8 dan kamera ketiga adalah kamera makro 2MP F2.4.

Agak menarik, Galaxy A25 masih memiliki jek audio 3.5mm. Malah, ia kini memiliki speaker stereo, naik taraf ketara daripada Galaxy A24. Bateri masih 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W USB-C, tetapi pengecas tidak disertakan dalam kotak.

Samsung juga mengekalkan jaminan kemaskini OS sebanyak 4 kali dan keselamatan selama 5 tahun untuk Galaxy A25. Tetapi masih tiada maklumat jika ia datang bersama Android 13 atau Android 14.

Sama seperti Galaxy A15, terdapat tiga warna ditawarkan untuk Galaxy A25 iaitu hitam, biru dan kuning. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy A25 5G.

Jika dahulu Galaxy A24 tanpa 5G dan storan 128GB dijual pada harga RM999, pastinya ada kenaikan untuk Galaxy A25 dengan 5G nanti. Tetapi berapa banyak?

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy A24 dilancar dengan sokongan OS setara Galaxy S23
  • Samsung Galaxy A24 diberi warna baru, ada promosi dengan setiap pembelian
  • Samsung Galaxy A15 kini dengan skrin Super AMOLED dan kemaskini keselamatan 5 tahun
Tags: Galaxy A25samsungSamsung Galaxy A25
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy A25 5G guna cip lama Exynos tetapi ada speaker stereo

Samsung Galaxy A25 5G guna cip lama Exynos tetapi ada speaker stereo

28 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER