• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi Galaxy A15 dan Galaxy A25 dikesan lebih RM1,000, jaminan lebih panjang

  • OLEH Najib
  • 12:28 pm
  • 29/12/2023
  • Komen
Harga rasmi Galaxy A15 dan Galaxy A25 dikesan lebih RM1,000, jaminan lebih panjang
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah menyenaraikan tiga telefon pintar kelas pertengahan baru iaitu Galaxy A25 5G, Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G, tetapi ia masih tiada tanda harga dan tarikh jualan. Bagaimanapun, sudah ada pengedar Samsung yang telah mengiklankan penjualan model baru ini, bersama harga rasmi.

Harga Galaxy A25 dan Galaxy A15

DirectD, salah satu penjual gajet dan peranti terkemuka di Lembah Klang, telah menyenaraikan tiga model telefon terbaru Samsung, bersama harganya iaitu:



  • Galaxy A25 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,299
  • Galaxy A15 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,199
  • Galaxy A15 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM999
Harga Samsung Galaxy A25 5G, Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G di DirectD

Ketiga-tiga model ini ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Walaupun harganya dilihat meningkat berbanding model sebelum ini, storan yang diberikan adalah lebih besar. Untuk perbandingan, berikut adalah harga pelancaran model sebelum ini:

  • Galaxy A24 4G (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM999
  • Galaxy A14 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM949
  • Galaxy A14 4G (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM799

Berdasarkan apa yang disenaraikan di DirectD, Galaxy A15 5G tidak ada sebarang hadiah percuma. Manakala pembelian Galaxy A25 5G akan mendapat sarung lutsinar bernilai RM39 secara percuma. Promosi ini sehingga 31 Januari 2024.



Hadiah yang diberikan untuk Galaxy A15 4G lebih menarik. Pembeli akan mendapat kepala pengecas 25W, serta jaminan selama 2-tahun, kedua-dua percuma. Promosi ini dikatakan sah sehingga 31 Mac 2024, selagi stok masih ada. Jika anda tidak tahu, ketiga-tiga Galaxy A25 5G, Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G tidak ada pengecas di dalam kotak, ia perlu dibeli berasingan.

Spesifikasi Samsung Galaxy A25 5G

Samsung menggunakan cip berusia 2-tahun iaitu Exynos 1280 5nm pada Galaxy A25 5G. Ia digandingkan bersama RAM 8GB dan storan 256GB, serta menerima kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrinnya dinaik taraf ke Super AMOLED 120Hz, seluas 6.5-inci HD Penuh dengan kecerahan setinggi 1,000 nits. Pengimbas capjari ada di butang kuasa, di sisi telefon. Terdapat takuk kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 13MP. Kamera belakang pula gabungan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultralebar yang dipertingkat ke 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

Jek audio 3.5mm masih ada di Galaxy A25 5G dan ia dilengkapi speaker stereo. Bateri pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W. Samsung juga memberi jaminan kemaskini OS sebanyak 4 kali dan keselamatan selama 5 tahun untuk Galaxy A25 5G.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy A25 5G.

Spesifikasi Samsung Galaxy A15 5G & Galaxy A15 4G

Kedua-dua telefon ini sebenarnya sama, kecuali pada cipset yang digunakan. Galaxy A15 5G dikuasakan cip Mediatek Dimensity 6100+ 6nm dan menyokong rangkaian 5G. Manakala Galaxy A15 4G menggunakan cip Mediatek Helio G99 6nm tanpa 5G. Ia datang bersama RAM 8GB dan storan 256GB, serta boleh dimuatkan kad mikroSD sehingga 1TB.

Skrin kini jenis Super AMOLED 90Hz, berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD Penuh. Masih tiada pengimbas capjari dalam skrin, sebaliknya ia terletak dalam butang kuasa di sisi.

Bagi kamera hadapan, ia menggunakan sensor 13MP F2.0 yang terletak di dalam takuk kecil di dahi skrin. Di belakang, ia menggabungkan tiga kamera iaitu kamera utama 50MP F1.8, kamera ultralebar 5MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4.

Kapasiti bateri di dalamnya 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui sambungan USB-C. Sama seperti Galaxy A25, Samsung turut memberi jaminan kemaskini OS sebanyak 4 kali dan keselamatan selama 5 tahun untuk Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedua-dua telefon baru ini, layari laman produk Galaxy A15 5G dan Galaxy A15 4G.

Warna Galaxy A15 4G (kiri) dan warna Galaxy A15 5G (kanan)

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy A15 kini dengan skrin Super AMOLED dan kemaskini keselamatan 5 tahun
  • Samsung Galaxy A25 5G guna cip lama Exynos tetapi ada speaker stereo
  • Hidup lebih tenang bersama Galaxy A14, ada jaminan 2 tahun dan kemaskini perisian 4 tahun
  • Galaxy A14 5G, solusi Samsung untuk telefon 5G paling mampu milik
  • Samsung Galaxy A24 dilancar dengan sokongan OS setara Galaxy S23
Tags: directdgalaxy a15Galaxy A25samsungSamsung Galaxy A15Samsung Galaxy A25
Najib

Najib

POPULAR

Harga rasmi Galaxy A15 dan Galaxy A25 dikesan lebih RM1,000, jaminan lebih panjang

Harga rasmi Galaxy A15 dan Galaxy A25 dikesan lebih RM1,000, jaminan lebih panjang

29 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER