• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lesen Memandu boleh diperbaharui di MyJPJ mulai Februari, ada rebat RM5

  • OLEH Najib
  • 1:19 pm
  • 02/01/2024
  • Komen
Lesen Memandu boleh diperbaharui di MyJPJ mulai Februari, ada rebat RM5
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Malaysia (LLM), boleh membuat pembaharuan lesen di dalam aplikasi MyJPJ mulai bulan Februari akan datang. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang media selepas mengadakan sesi lawatan ke JPJ Selangor hari ini. Orang ramai juga boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dengan cara yang serupa.

Menurut Anthony, pertambahan fungsi baharu berkenaan akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital selain menjimatkan masa, kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa yang mana pada peringkat permulaan, ia hanya membabitkan kenderaan persendirian individu (warganegara).



Aplikasi MyJPJ

Rebat RM5 perbaharui lesen digital

Bagi menggalakkan orang ramai untuk menggunakan sistem e-LMM, individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) semasa pembaharuan, akan menikmati rebat RM5 yang mana rebat ini akan dinikmati sepanjang 2024 iaitu bermula 1 Februari sehingga 31 Disember 2024.

Bagaimanapun, rebat RM5 ini tidak terhad untuk pembaharuan di aplikasi MyJPJ sahaja. Inisiatif ini diberikan untuk mereka yang memilih e-LMM semasa pembaharuan sama ada melalui kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ (Pejabat Pos Malaysia dan MyEG Services Berhad).



Tetapi inisiatif ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas, permit jangka masa panjang, Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) serta Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR).

Lesen fizikal terus dilaksanakan

Anthony turut berkongsi mengenai dapatan kajian dan analisa statistik sepanjang 2023, JPJ mendapati bilangan pemandu dan pemilik yang memilih digitalisasi semakin meningkat dengan 7.5 juta pengguna.

Bagaimanapun, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang masih belum bersedia sepanjang tempoh interim pendigitalan tahun 2024, mereka masih boleh memilih LKM dan LMM fizikal.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

“Bagi tujuan penyesuaian dalam tempoh interim, JPJ Malaysia akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan dalam bentuk kertas keselamatan. Ia akan terus dilaksanakan selepas stok LKM dan LMM fizikal yang lama di cawangan-cawangan atau kiosk JPJ habis.”

“LKM yang baharu ini tidak perlu dilekatkan atau dipamerkan pada cermin kenderaan seperti keperluan Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sebelum ini, sebaliknya ia disimpan mengikut kesesuaian orang awam,” katanya.

[Sumber: Harian Metro, Malay Mail]

Bacaan Berkaitan

  • Aplikasi MyJPJ: Cara untuk digitalkan cukai jalan dan lesen memandu
  • YB Anthony Loke jawab 6 kemusykilan tentang MyJPJ dan “roadtax” versi digital
  • Kerajaan umum tak perlu lagi tampal cukai jalan di cermin dan bawa lesen fizikal
Tags: Anthony LokeJPJlesen memandumyjpj
Najib

Najib

POPULAR

Lesen Memandu boleh diperbaharui di MyJPJ mulai Februari, ada rebat RM5

Lesen Memandu boleh diperbaharui di MyJPJ mulai Februari, ada rebat RM5

2 January 2024
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN