• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BYD atasi Tesla sebagai penjual EV terbanyak di dunia akhir tahun lepas

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 03/01/2024
  • Komen
BYD atasi Tesla sebagai penjual EV terbanyak di dunia akhir tahun lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah satu ketika dahulu kala, Elon Musk pernah memperkecilkan nama BYD untuk menjadi pesaing Tesla. Tetapi kini, BYD diumumkan telah mengatasi Tesla sebagai penjual kenderaan elektrik (EV) terbanyak di dunia, untuk suku ke-4 2023.

In 2011, Elon Musk scoffed at the idea of BYD competing with Tesla in a Bloomberg TV interview.

Now, the Chinese carmaker is set to become the world's No. 1 EV maker https://t.co/Ilio0p6mYG pic.twitter.com/EX4mwqbdq7

— Bloomberg (@business) December 27, 2023

Dalam suku terakhir tahun lepas, syarikat daripada China itu telah mencatatkan jualan EV sebanyak 525,409 unit. Manakala Tesla pula, menjual sebanyak 484,507 unit EV untuk tempoh tiga bulan yang berakhir pada 31 Disember 2023 dan ia juga merupakan satu rekod baru buat Tesla sendiri.



Bagaimanapun, jualan EV terbanyak sepanjang tahun 2023 masih kekal dipegang oleh Tesla. Ini kerana Tesla berjaya menjual sebanyak 1.8 juta unit EV berbanding BYD yang menjual 1.57 juta unit EV. Ini adalah kenaikan sebanyak 73% untuk BYD jika dibandingkan dengan jualan EV tahun 2022.

Tesla Model 3 dan Tesla Model Y

Tetapi ini pasti tidak membuatkan Elon Musk senang duduk, kerana BYD berjaya merapatkan jurang jualan EV mereka. Daripada berbeza sekitar 400,000 unit pada tahun 2022, kepada hanya 230,000 untuk untuk tahun 2023.



Dari pembuat bateri, kepada pengeluar EV

BYD merupakan sebuah syarikat EV yang berpangkalan di China, dan menerima pelaburan daripada Warrne Buffet, pakar pelaburan terkemuka dunia. Ia ditubuhkan di Shenzhen pada tahun 1995 secara bersama oleh Wang Chuanfu, yang kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BYD. BYD bermula sebagai pembuat bateri peranti, kini telah menghasilkan bateri EV sendiri yang digunakan oleh banyak pengeluar EV lain, termasuk Tesla.

BYD Dolphin dan BYD Atto 3

Di Malaysia, BYD telah melancarkan dua model EV pada harga antara yang terendah iaitu BYD Atto 3 (dari RM149,800) dan BYD Dolphin (dari RM99,900). Ia telah menerima banyak pujian dari pengguna di Malaysia, malah mendapat anugerah daripada SoyaCincau sebagai EV terbaik tahun lepas.

Tidak mengejutkan jika BYD juga menjadi penjual EV terbanyak di Malaysia.

[Sumber: BBC, CNN]

Bacaan Berkaitan

  • Anugerah SoyaCincau 2023: Kenderaan elektrik (EV) terbaik tahun ini
  • BYD Dolphin Malaysia: EV bawah RM100k yang lengkap ciri keselamatan
  • BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan
Tags: BYDElon MuskEV MalaysiaTesla
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
BYD atasi Tesla sebagai penjual EV terbanyak di dunia akhir tahun lepas

BYD atasi Tesla sebagai penjual EV terbanyak di dunia akhir tahun lepas

3 January 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER