• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

CES 2024: Maskot robot Android sudah ada gelaran, bukan lagi ‘Bugdroid’

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:33 pm
  • 11/01/2024
  • Komen
240111 The Bot Android Google
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi pengguna peranti Android, pastinya anda sudah biasa melihat maskot bagi sistem operasi tersebut, seperti serangga hijau dengan mata. Ada yang memanggil logo tersebut ‘robot’ dan tidak kurang juga yang merujuknya sebagai ‘Bugdroid’.

240111 The Bot Android Google

Namun maskot tersebut sudah pun diberikan gelaran ‘The Bot’ oleh Google di pameran CES 2024 yang sedang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.



The Bot dan logo baharu Android

Terdahulu pada bulan September 2023, Google telah melakukan kemas kini identiti jenama sistem pengendalian Android itu, malah logonya turut diperbaharui. 

Dalam logo baharu, selain pembesaran huruf awal perkataan ‘Android’, maskot robot jenama itu juga telah dibuat 3D. 



240111 The Bot Android Google

Menurut Google, tujuan logo tersebut diberikan sentuhan rekaan baharu adalah bagi memudahkan peralihan daripada dunia digital kepada dunia nyata, selain menjadikan maskot itu lebih serba boleh dan dapat disesuaikan dalam pelbagai konteks, platform dan saluran.

Dalam pameran yang sama, Google juga telah mengumumkan bahawa Nearby Share akan dinamakan semula sebagai ‘Quick Share’ dengan kerjasama Samsung.

Nearby Share adalah ciri yang membolehkan pengguna berkongsi fail, foto dan video atau pautan dengan mudah bersama peranti Android lain yang berdekatan.

Apa pendapat anda tentang maskot baharu Android, The Bot itu? Bagi saya, kalau nak dibandingkan dengan dahulu yang nampak seperti serangga, The Bot memang agak comel jugalah.

[Sumber: Google, 9to5Google]

Bacaan berkaitan:

  • CES 2024: Nearby Share telah tiada, Google & Samsung sepakat bangunkan Quick Share
  • CES 2024: Asus Zenbook DUO dengan dwi skrin 14-inci OLED & Intel Core Ultra 9
  • CES 2024: Razer kemas kini Blade 16 dengan panel OLED 16” 240Hz pertama dunia
Tags: androidces 2024GooglesamsungThe Bot
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240111 The Bot Android Google

CES 2024: Maskot robot Android sudah ada gelaran, bukan lagi ‘Bugdroid’

11 January 2024
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN