• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Samsung

Samsung Galaxy A35 muncul di Geekbench, dedah penggunaan cip Exynos lama

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:04 pm
  • 17/01/2024
  • Komen
Samsung Galaxy A35 muncul di Geekbench, dedah penggunaan cip Exynos lama
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung bakal melancarkan siri flagsip Galaxy S24 dalam beberapa hari lagi. Tetapi selain siri Galaxy 24, telefon kelas pertengahan Samsung dalam siri Galaxy A juga dijangka akan diperkenal pada tahun ini. Beberapa maklumat berkenaan rupa paras Galaxy A35 telah muncul sebelum ini dan kini, ia telah ditemui dalam Geekbench iaitu sebuah platform penanda aras untuk mengukur tahap prestasi telefon.

Galaxy A35 disenaraikan di Geekbench dengan nombor model SM-A356U dan menggunakan papan utama bernombor kod s5e8835. Ini memberi pentunjuk bahawa ia menggunakan cip Exynos 1380, iaitu cip yang sama terdapat pada Galaxy A54. Jumlah teras CPU juga mengesahkan penggunaan cip itu kerana ia memiliki empat teras berkelajuan 2.40GHz dan empat lagi teras berkelajuan 2GHz.



Walau bagaimanapun, penyenaraian ini adalah di Geekbench 5 dan bukannya Geekbench 6. Di Geekbench 5, Galaxy A35 memperoleh sebanyak 697 markah untuk teras tunggal dan 2,332 untuk berbilang teras. Namun, markah yang diperoleh Galaxy A35 ini lebih rendah berbanding Galaxy A54 yang menggunakan cip Exynos 1380 sama. Hal ini mungkin kerana ia masih dalam fasa awal, dan tidak mustahil prestasinya menjadi lebih baik apabila ia dilancarkan nanti.

Ianya masuk akal untuk Samsung menggunakan cip Exynos 1380 berbanding Exynos 1480 akan datang, kerana Galaxy A34 dan Galaxy A54 juga tidak menggunakan cip sama. Dikatakan cip Exynos 1480 terbaharu akan digunapakai pada telefon Galaxy A55, yang turut bakal dilancarkan pada tahun ini.



Di samping itu, penyenaraian di Geekbench juga mendedahkan ia hadir dengan RAM 6GB dan menjalankan Android 14, bermakna ia akan lengkap menggunakan One UI 6 terkini.

Selain daripada itu, tidak banyak perkara yang didedahkan menerusi penyenaraian di Geekbench ini. Bagaimanapun, sebelum ini, render Galaxy A35 telah terdedah dalam talian menunjukkan ia ada sisi rata dan tidak lagi menggunakan takuk U untuk menempatkan kamera hadapan tetapi sebaliknya rekaan jenis lubang.

[Sumber: Sammobile]

Bacaan berkaitan

  • Rupa Samsung Galaxy A35 terdedah, tiada lagi takuk kamera hadapan
  • Galaxy A05s & A05: Telefon harga patut berbateri 5,000mAh harga bermula RM649
  • Galaxy A14 5G, solusi Samsung untuk telefon 5G paling mampu milik
Tags: galaxy a35Geekbenchsamsung
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Samsung Galaxy A35 muncul di Geekbench, dedah penggunaan cip Exynos lama

Samsung Galaxy A35 muncul di Geekbench, dedah penggunaan cip Exynos lama

17 January 2024
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER