• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:04 am
  • 18/01/2024
  • Komen
Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung di acara Unpacked 2024 yang berlangsung di San Jose, California telah melancarkan flagship tahun 2024 mereka iaitu siri Samsung Galaxy S24. Seperti biasa, keluarga Galaxy S24 kali ini masih terdiri daripada tiga ahli iaitu:

  • Samsung Galaxy S24 Ultra
  • Samsung Galaxy S24 Plus
  • Samsung Galaxy S24

Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+: Diperkasa fungsi pintar Galaxy AI dan dijamin terima Android 21



Spesifikasi Samsung Galaxy S24 Ultra

Samsung Galaxy S24 Ultra adalah varian tertinggi dalam kalangan yang diumumkan pada majlis tersebut.

Kelainan yang dibawakan pada kali ini adalah Samsung katanya menggunakan bahan Titanium untuk membina telefon ini. Untuk makluman, titanium juga digunakan oleh Apple untuk iPhone 15 Pro Max dan berjaya mengurangkan jisim telefon sebanyak sekitar 8% berbanding iPhone 14 Pro Max.



Berbalik kepada Galaxy S24 Ultra. Di bahagian muka, Samsung mengenakan panel paparan Dynamic AMOLED 2X sebesar 6.8”. Panel tersebut ada resolusi QHD+ (3120 x 1440) dengan kadar segar semula dinamik antara 1 hingga 120Hz.

Atas papan utama, Galaxy S24 Ultra mengguna pakai cip pemproses terbaik dalam industri setakat ini iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Untuk pasaran Malaysia, hanya Galaxy S24 Ultra diperkasa cip Qualcomm sementara dua lagi saudaranya yang lain memanfaatkan Exynos 2400. Semua varian Galaxy S24 Ultra dibekalkan RAM seluas 12GB dan pengguna mempunyai tiga kapasiti storan itu dipilih iaitu sama ada 256GB, 512GB ataupun 1TB.

Di jabatan pengimejan, konfigurasi trikamera belakang dikekalkan seperti generasi sebelum ini. Kamera utamanya dilengkapi sensor 200MP dengan lensa F1.7 dan ada sistem OIS sebagai penstabil imej. Kamera utama tersebut ditemani dua kamera telefoto yang masing-masing mempunyai jarak fokal 5 kali zum optikal dan satu lagi 3 kali zum optikal. Mereka masing-masing ditunjangi sensor 50MP dan 10MP.

Untuk gambar pemandangan yang luas, kamera ultralebar 12MP boleh digunakan manakala kamera selfie yang berada di bahagian depan telefon turut diberikan sensor 12MP.

Sejurus keluar kotak, Samsung Galaxy S24 Ultra menjalankan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android dengan pelbagai ciri baharu dalam kelompok Galaxy AI diperkenalkan. Saya ada cerita lebih lanjut tentang Galaxy AI dalam artikel yang pautannya saya letakkan di bawah ini.

Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24

Menyalakan segala kelengkapan elektronik pada Samsung Galaxy S24 Ultra adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh. Bateri ini boleh dicas menggunakan pengecas 45W ataupun secara wayarles dengan pengecas 15W.

Apakah bezanya dengan Samsung Galaxy S23 Ultra?

Berbanding dengan Galaxy S23 Ultra tak banyak perbezaan fizikal boleh dicerap pada Galaxy S24 Ultra. Ia masih kekalkan badan kotak dengan skrin rata beserta S Pen di bahagian bawah yang tidak menerima sebarang naik taraf. Malahan, penggunaan bahan titanium juga dirasakan tidak berikan kelebihan. Berat Galaxy S23 Ultra adalah 233g sementara Galaxy S24 Ultra adalah 232g.

Kemudian, walaupun saiz skrin kekal sama pada 6.8”, Galaxy S24 Ultra memperagakan panel paling cerah dalam sejarah Samsung Galaxy setakat ini. Panel paparan telefon ini mempunyai kecerahan puncak setinggi 2,600 nits, ataupun 40% lebih tinggi berbanding panel terdahulu.

Satu lagi naik taraf komponen yang Samsung bawakan adalah kamera telefoto 5x. Ia kini diperkasa sensor 50MP berbanding 10MP pada generasi terdahulu. Dengan Teknologi Galaxy AI, Space Zoom telah ditambah baik untuk berikan imej yang lebih tajam merentasi julat zum. Disamping itu, dengan AI Stereo Depth Map, pengguna boleh mengambil gambar potret pada waktu malam dan beroleh hasil yang cerah.

Itulah dia dua perbezaan besar perkakasan Galaxy S24 Ultra. Dilihat yang tumpuan pada tahun ini Samsung berikat kepada pemantapan One UI menerusi Galaxy AI.

Tags: androidmobilesamsungSamsung Galaxy S24samsung galaxy s24 plusSamsung Galaxy S24 Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?

Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?

18 January 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER