• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kieslect Kr2 dan Ks2, jam tangan pintar berfesyen pada harga RM499

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:25 am
  • 19/01/2024
  • Komen
Kieslect Kr2 dan Ks2, jam tangan pintar berfesyen pada harga RM499
Share on FacebookShare on Twitter

Kieslect adalah salah satu jenama pengeluar jam tangan pintar dan penjejak aktiviti. Mereka telah lancarkan dua model baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Kiselect Kr2 dan Kieslect Ks2. Daripada helaian spesifikasi, merkea mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan beza terbesar adalah bentuk muka jam. Kr2 menampilkan muka jam berbentuk bulat manakala Ks2 berbendu petak.

Bermula dengan Ks2, ini adalah jam tangan dengan paparan petak seluas 2.01”. Panel paparan yang diguna adalah AMOLED dan katanya mempunyai kadar segar smeula 60Hz. Diperkasa sistem operasi Kieslect KS OS, jam tangan ini ada fungsi-fungsi ruji yang sepatutnya ada pada jam tangan pintar.



Ia boleh salur notifikasi daripada telefon, muka jam boleh diubah, jawab panggilan telefon dan menyokong Alexa untuk anda kawal peralatan rumah menggunakan suara. Sensor apakah yang dimasukkan dalam jam tangan ini tidak pula dikongsikan.

Tapi dikhabarkan yang ia boleh merekodkan lebih 100 jenis sukan dan daripada gambar, ia sekurang-kurangnya ada pengimbas nadi. Pada segi kelasakan, jam tangan ini kalis air pada paras 3 ATM.



Kieslect Ks2 mempunyai tangki bateri sebesar 300mAh dan dalam mode biasa, ia dilapor boleh berkhidmat selama sehingga 9 hari lamanya.

Kiselect Kr2 pula adalah jam tangan dengan muka berbentuk bulat sebesar 1.43”. Ia turut gunakan panel AMOLED dan menyokong ciri always-on display. Terdapat 3 butang fizikal di sisi kanan jam tangan untuk mudahkan navigasi antara muka.

Untuk kemudahan, Kr2 dilengkapi mikrofon dan speaker untuk pemakai menjawab panggilaan telefon secara sambungan Bluetooth. Speaker yang sama juga diguna untuk memainkan muzik daripada telefon.

Ciri penjejak aktiviti asas hadir. Pemakai boleh mengukur kadar denyuntan nadi dan ketepuan oksigen didalam darah dan seterusnya menentukan tahap tekanan yang sedang dihadapi.

Kieslect Kr2 dan Kieslect Ks2 sudahpun boleh didapati di Malaysia pada harga RM499 melalui Shopee. Pada harga sebegitu dan tiada sokongan GPS, saya rasakan ia bakal hadapi kesukaran untuk bersaing dengan jenama-jenama yang mampu tawarkan lebih pada harga yang rendah. Diharapkan, iterasi yang akan datang bolehlah sekurang-kurangnya ada GPS untuk mudahkan pemakai menjejak aktiviti joging mereka.

Anda boleh layari laman rasmi produk Kieslect Kr2 dan Kieslect Ks2 untuk maklumat lanjut.

Tags: kieslectkieslect kr2kieslect ks2wearable
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kieslect Kr2 dan Ks2, jam tangan pintar berfesyen pada harga RM499

Kieslect Kr2 dan Ks2, jam tangan pintar berfesyen pada harga RM499

19 January 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN