• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi tawar program sewa beli RydeEV serendah RM169/bulan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 pm
  • 23/01/2024
  • Komen
CelcomDigi tawar program sewa beli RydeEV serendah RM169/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi dan Yinson GreenTech telah memeterai kerjasama yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki skuter elektrik dengan cara semudah membeli telefon pintar. Ia adalah rentetan daripada majlis tanda tangan memorandum persefahaman telah diadakan dalam bulan September 2023 tempoh hari. Kini, pelanggan CelcomDigi boleh menyertai program sewa beli sebuah rydeEV melalui Easy360.

Pilih sama ada Ryder ataupun Hyper

Sebanyak dua model rydeEV ditawarkan iaitu Ryder dan juga Hyper masing-masing pada harga RM299 dan RM430 sebulan. Langganan ini merangkumi perkara seperti:



  • pertukaran bateri tanpa had
  • cukai jalan
  • insurans
  • penyelenggaraan (tidak termasuk tayar)

Beza antara dua model ini sebahagian besarnya adalah pada kuasa motor yang menggerakkan skuter ini. Ryder mempunyai motor dengan output 2kW dengan kelajuan maksimum 65km/j. Sementara itu, model Hyper mempunyai motor dengan output 4kW dengan kelajuan maksimum 90km/j. Kedua-dua model ini sah digunakan di atas jalan raya, cumanya anda perlu lebih berjaga-jaga bila masuki lebuh raya.

Pilih pelan pascabayar 5G CelcomDigi

CelcomDigi Easy360 perlu dilanggan bersama-sama mana-mana pelan pascabayar 5G CelcomDigi berikut:



  • CelcomDigi Postpaid 5G 80
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160
  • CelcomDigi Postpaid 5G 260

Semua pelan ini layak menerima rebat sebanyak RM10 apabila anda tambah Freedom Add-Ons ke dalam langganan.

Rebat RM2,400 dari insentif kerajaan MARiiCas

Seperti yang dilaporkan dalam Belanjawan 2023 tempoh hari, kerajaan ada menyediakan insentif sebanyak RM2,400 untuk memiliki skuter elektrik. Insentif MARiiCas ini sudahpun dimulakan permohonannya sekarang dan menurut YB Senator Tengku Zafrul, sebanyak 1,800 permohonan telah diluluskan./ima

MARiiCas: Ini cara permohonan rebat RM2,400 untuk beli motosikal elektrik

Jadi, anda boleh langgan model Ryder pada harga serendah RM169/bulan untuk 12 bulan pertama. Ia adalah pecahan daripada RM299/bulan untuk skuter, RM70 pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 yang telah ditolak rebat, dan akhir sekali RM200/bulan untuk 12 bulan pertama daripada MARiiCas.

Sekiranya anda berminat, anda boleh lawati lokasi berikut untuk melanggan:

  • Celcom bluecube (Iconic), Sunway Pyramid
  • Celcom bluecube, Sunway Pyramid
  • Digi Store, Sunway Pyramid
  • Celcom bluecube, Prima Sri Gombak
  • Digi Store, Alamanda
  • Celcom bluecube, Alamanda

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: automotifCelcomDigiEVmariicasrydeevtelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

CelcomDigi tawar program sewa beli RydeEV serendah RM169/bulan

CelcomDigi tawar program sewa beli RydeEV serendah RM169/bulan

23 January 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN