• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

10,000 pengecas EV menjelang 2025 sukar dicapai akibat proses lambat dan libat banyak pihak

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
Bayar ikut penggunaan tenaga dan lesen akan diwajibkan di stesen pengecas EV
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan meneliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) negara menjelang 2025, seperti ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Tengku Zafrul Aziz. Sehingga kini terdapat hampir 1,500 stesen pengecas EV yang beroperasi, namun jumlah tersebut jauh daripada sasaran awal itu yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Kata Tengku Zafrul, sasaran 10,000 stesen pengecas itu agak agresif kerana ada banyak isu yang perlu ditangani dan ia melibatkan banyak proses dan agensi. Antaranya proses kelulusan dan agensi seperti Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak-pihak lain.



Tambahnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut, bagaimanapun beliau bersama-sama rakan Jemaah Menteri akan melihat semula sama ada sasaran itu boleh dicapai ataupun tidak.

Selain itu, katanya, prosedur penyediaan stesen pengecas juga perlu diperkemaskan kerana terdapat aduan yang diterima daripada syarikat penyedia stesen pengecasan EV. Antara aduan yang diterima adalah mengenai tempoh kelulusan untuk menyediakan stesen pengecas yang mengambil masa yang lama



Sehubungan itu, Tengku Zafrul dan jemaah Kabinet akan memperhalusi proses dan meneliti cabaran tersebut bersama-sama pemain industri, yang turut mengemukakan cadangan untuk memendekkan proses kelulusan pembinaan stesen pengecasan. Fokus sekarang adalah bagaimana untuk melancarkan proses dan mendapatkan kelulusan dengan pantas, tambah Tengku Zafrul.

[Sumber: Bernama]

Bacaan Berkaitan

  • Gentari aktifkan 10 pengecas EV di Paradigm Mall Petaling Jaya
  • ChargeSini akan mula tempatkan pengecas EV di Pasaraya Mydin
  • Belanjawan 2024: Pelepasan cukai RM2,500 untuk pengecas EV dilanjut kepada 4 tahun
  • Kereta elektrik Mercedes Benz EQB terbakar ketika mengecas di pusat pengedaran
  • Tesla Model Y dirakam terbakar di Puchong

Tags: EV MalaysiaStesen pengecas EVTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Bayar ikut penggunaan tenaga dan lesen akan diwajibkan di stesen pengecas EV

10,000 pengecas EV menjelang 2025 sukar dicapai akibat proses lambat dan libat banyak pihak

24 January 2024
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN