• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix uar-uarkan kenaikan harga langganan dalam masa terdekat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:59 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah menghantar satu pemakluman kepada pemegang saham mereka. Dalam dokumen yang bertarikh 23 Januari 2024 itu, ada macam-macam maklumat namun yang menarik buat pelanggan Netflix adalah tentang kemungkinan kenaikan harga langganan dalam masa terdekat. Itu adalah salah satu strategi mereka mempertingkat keuntungan selain memperkenal pelan langganan baharu dan menghapuskan pelan langganan yang tidak menguntungkan.

Harga Netflix setakat 24 Januari 2024
Harga Netflix setakat 24 Januari 2024

Kali kali terakhir Netflix melakukan penyelarasan harga adalah dalam bulan Februari 2023 dulu apabila pelan Basic yang berharga RM33 diturunkan harga kepada RM28. Sebelum itu, dalam bulan Januari 2022, Netflix telah menaikkan harga semua pelan kecuali Mobile sehingga RM4.



3 Daripada 4 Pelan Netflix Naik Harga Bermula 9 Januari 2020

Sekiranya melihat kepada trend penyelarasan harga tahunan yang diamalkan Netflix setakat ini, 2024 bakal menyaksikan platform itu melakukan perubahan harga lagi.



Semua langkah ini dilaksana bagi memenuhi ikrar pertumbuhan positif kepada keuntungan syarikat. Contohnya, margin keuntungan mereka kini telah naik 5 kali ganda kepada 21% yang bermakna setiap RM1 yang mereka perolehi diterjemah kepada RM0.21 keuntungan bersih.

Aliran tunai Netflix juga dilapor telah naik daripada negatif USD3.3b dalam tahun 2019 kepada USD6.9b dalam tahun 2023.

Selain perubahan harga langganan, ada beberapa lagi strategi yang digerakkan Netflix untuk memaksimumkan keuntungan. Salah satu daripadanya adalah memperluas perhidmatan iklan mereka dan juga mengaut perolehan daripada ciri Extra Member yang diperkenal dalam usaha mereka membanteras amalan perkongsian kata laluan.

Sumber: Netflix

Tags: Netflix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Cara mudah muat turun cerita kegemaran anda di Netflix

Netflix uar-uarkan kenaikan harga langganan dalam masa terdekat

24 January 2024
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN