• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penumpang MYAirline digalakkan mohon pulangan wang secara Chargeback

  • OLEH Najib
  • 7:40 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai yang telah membeli tiket penerbangan MYAirline tetapi tidak dapat terbang selepas syarikat itu menggantung operasinya pada 12 Oktober 2023, boleh menohon bayaran balik wang mereka secara ‘Chargeback’. Perkara ini dimaklumkan oleh MYAirline menerusi media sosial rasmi mereka.

Bayaran balik wang kepada semua pelanggan merupakan salah satu daripada dua syarat utama yang dikenakan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke jika mahu membenarkan MYAirline beroperasi semula. Satu lagi adalah membayar tunggakan gaji pekerja.



MAVCOM dan BNM bekerjasama bantu penumpang terjejas

Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama MAVCOM telah mengesahkan bahawa ‘chargeback’ boleh digunakan untuk tiket penerbangan yang telah dibeli dengan kad bayaran (kad debit atau kredit) atau melalui FPX daripada institusi kewangan (Bank).

Perkara ini sebenarnya telah diumumkan oleh MAVCOM sejak 4 Disember 2023 dan sehingga 8 Januari 2024, seramai 4,304 pengguna MYAirline yang terjejas telah dibantu oleh MAVCOM dan sebahagian daripadanya telah mula menerima bayaran balik daripada bank masing-masing.



sumber

Sehubungan itu, MAVCOM menggalakkan orang ramai yang terjejas supaya mengemukakan permohonan bayaran balik menerusi bank masing-masing. Mereka juga boleh menghubungi MAVCOM untuk mendapatkan bantuan atau panduan, dan merujuk kepada soalan lazim (FAQ) yang disediakan oleh MAVCOM di sini.

Proses mohon bayaran balik secara chargeback

Kepada yang belum tahu, ‘Chargeback’ ialah amalan antarabangsa yang diterima pakai oleh industri kewangan dan terpakai kepada kad debit/kredit yang dikeluarkan di dalam dan di luar Malaysia, beserta Pertukaran Pembayaran Kewangan (FPX). FPX adalah gerbang pembayaran berasaskan internet.

Untuk mendapatkan bayaran balik, pengguna yang membeli tiket penerbangan menggunakan kad debit atau kredit, atau melalui FPX, boleh mengemukakan tuntutan kepada pengeluar kad atau bank masing-masing dengan mengisi “borang pertikaian”.

Jika pembelian tiket penerbangan dibuat secara langsung dengan syarikat penerbangan, sila e-mel syarikat penerbangan dengan permintaan bayaran balik, beserta dengan salinan tiket penerbangan anda. Kemudian, serahkan permintaan bayaran balik kepada bank atau pengeluar kad debit/kredit anda.

Untuk pembelian tiket menerusi agensi pelancongan termasuk atas talian, pengguna digalakkan untuk menghubungi agensi dahulu sebelum mengemukakan permintaan bayaran balik kepada bank atau pengeluar kad debit/kredit masing-masing.

Berapa lama proses bayaran balik?

Untuk proses bayaran balik, ia tidak mengambil masa yang segera. Ini kerana proses pengkreditan bayaran balik mungkin berbeza-beza bergantung kepada prosedur dalaman oleh bank atau pengeluar kad kredit/debit. Ia boleh mencapai sehingga 6 bulan. Kerana itu, pengguna digalakkan untuk membuat permintaan bayaran balik secepat mungkin.

Paling penting, pengguna sepatutnya menerima jumlah penuh bagi tiket penerbangan yang dibeli. Jika sudah membuat permintaan bayaran balik, boleh hubungi pengeluar kad debit/kredit atau bank anda untuk mengetahui status terkini.

MAVCOM juga ada menerangkan tentang panduan mengenai tempahan menerusi Flysiswa serta tuntuan insurans perjalanan. Lebih banyak jawapan dan panduan boleh didapati di FAQ MAVCOM di sini.

[Sumber: MYAirline]

Bacaan Berkaitan

  • MYAirline tutup kedai hingga satu tarikh yang belum diberitahu, masalah kewangan dipercayai punca
  • MAVCOM arah MYAirline pulang wang pelanggan, nasihat penumpang buat aduan
  • MAVCOM gantung lesen MyAirline serta merta, masih perlu pulangkan wang penumpang
Tags: mavcomMYAirline
Najib

Najib

POPULAR

MYAirline akan percepat proses pemulangan wang, bakal buka talian Hotline untuk bantu penumpang terjejas

Penumpang MYAirline digalakkan mohon pulangan wang secara Chargeback

24 January 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER