• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone 2a tersenarai di pengkalan data SIRIM, petanda bakal lancar di Malaysia?

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:42 pm
  • 29/01/2024
  • Komen
Power dan tak mahal sangat, Ini 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing dijangka akan memperkenalkan telefon mampu milik yang dinamakan Phone 2a. Berita berkenaan telefon ini telah berlegar di dalam talian sebelum ini dan kini, telefon tersebut telah tersenarai di pengkalan data SIRIM. Ini memberi bayangan ia akan memasuki Malaysia selepas pelancaran rasminya.

Berdasarkan semakan di pengkalan data SIRIM, Phone 2a didaftarkan pada 22 Januari melalui Zitron Fulfillment Sdn Bhd, iaitu pengedar rasmi Nothing di Malaysia. Lebih meyakinkan ia adalah Phone 2a adalah ia tersenarai dengan model nombor A142. Ini merupakan nombor model yang sama terdapat di laman web pensijilan TUV, seperti yang dilapor oleh MySmartprice.



Sumber gambar: Mysmartprice

Laporan Mysmartprice itu juga mendedahkan ia bakal mempunyai pengecasan pantas 45W. Jika benar, bermakna tiada kompromi yang dilakukan pada bahagian pengecasan walaupun ia adalah model lebih murah kerana ia adalah pengecasan sama terdapat pada model flagship Phone 2.

Bagaimanapun, pelancaran Phone 2a dikatakan akan diadakan semasa Mobile World Congress (2024) MWC. Sementara Nothing masih belum mendedahkan apa-apa perkara berkenaannya, laporan sebelum ini mengatakan ia akan tampil dengan lampu Glyph yang minima pada panel belakang.



Selain itu, Phone 2a juga dikatakan akan hadir dalam dua varian RAM 8GB dan storan 128GB atau RAM 12GB dan storan 256GB. Ia akan datang dalam warna putih dan hitam, dan harga permulaannya dipercayai sama seperti Phone 1 ketika dilancarkan, iaitu pada EUR400.

Spesifikasi Nothing Phone 2a

Sumber gambar: Weibo Sunniton

Khabar angin juga mengatakan ia akan dikuasakan cip Dimensity 7200 dan hadir dengan skrin OLED 6.7-inci bersama kadar penyegaran 120Hz. Kamera yang digunakan mungkin tetapan sama seperti Phone 2 iaitu kamera utama 50MP dan juga kamera ultralebar 50MP.

Kapasiti baterinya pula mungkin sebesar 4,290mAh dan ia akan menjalankan Android 14 yang diselaputi dengan Nothing OS2.5 sejurus keluar kotak. Nantikan maklumat lanjut yang pasti akan menyusul apabila tarikh pelancarannya semakin hampir.

[Sumher: Lowyat / mysmartprice]

Bacaan berkaitan

  • Harga dan varian Nothing Phone 2a didedahkan dalam talian, sama seperti Phone 1
  • Pengguna Nothing Phone 2 terima kemas kini Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14
  • Nothing akan lancar telefon murah dengan lampu glyph pada Februari 2024
Tags: NothingNothing Phone 2aSIRIM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Power dan tak mahal sangat, Ini 5 telefon terbaik bawah RM3,000 di Malaysia

Nothing Phone 2a tersenarai di pengkalan data SIRIM, petanda bakal lancar di Malaysia?

29 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER