• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

A330neo pertama Malaysia Airlines tiba akhir tahun ini, tawar rekaan tempat duduk baharu

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 7:00 pm
  • 30/01/2024
  • Komen
240120-malaysia-airlines-a330-neo
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai sebahagian proses permodenan armadanya, Malaysia Aviation Group (MAG) akan menerima 12 pesawat baharu pada tahun ini. Ia termasuk empat pesawat Airbus 330-900 (A330neo) yang dijangka tiba pada suku ketiga (Q3) 2024 serta lapan lagi pesawat Boeing 737-8.

240120-malaysia-airlines-a330-neo

MAG telah menandatangani MoU dengan Airbus, Rolls-Royce dan Avolon pada Ogos 2022 untuk mendapatkan 20 A330neo yang dijadualkan diterima sehingga 2028. 10 daripadanya dibeli terus daripada Airbus dengan urusan jualan dan pajakan bersama Avolon, manakala baki lagi 10 pesawat dipajak terus daripada Avolon.



Menurut MAG, pemerolehan pesawat baharu itu menggariskan komitmen teguh organisasi berkenan dalam menyediakan kemodenan dan meningkatkan standard tawaran perkhidmatannya, dalam masa sama memastikan ia dapat terus menyokong pertumbuhan industri penerbangan pasca pandemik.

Dengan kehadiran A330neo baharu akan dapat memberikan kecekapan operasi sambil menjaga alam sekitar dengan pengurangan sehingga 25% dalam penggunaan dan pelepasan bahan api.



Rekaan tempat duduk baharu

Selain itu, A330neo menawarkan tempat duduk Kelas Perniagaan Collins Aerospace Elevation yang direka bentuk baharu dengan konfigurasi 1-2-1. Ia akan menjadi peningkatkan terbesar berbanding kabin Kelas Perniagaan semasanya dengan konfigurasi tempat duduk berselang-seli 1-2-1 dan 1-2-2.

240120-malaysia-airlines-a330-neo
240120-malaysia-airlines-a330-neo
Kelas Perniagaan British Airways dan Etihad yang menampilkan pintu privasi

Untuk meningkatkan lagi tahap premiumnya, tempat duduk kelas perniagaan Malaysia Airlines itu akan menampilkan reka bentuk kabin suite dengan pintu privasi individu, yang mengutamakan keselesaan dan lebih praktikal. Tempat duduk Kelas Perniagaan baharu dijangka sama dengan Suite Club British Airways dan Kabin Perniagaan Etihad A350 seperti gambar di atas.

Susun atur lorong dan tempat duduk baharu yang menggabungkan pengaruh reka bentuk mewah dan fleksibiliti penggayaan optik itu turut menjanjikan keselesaan buat penumpangnya. Sama seperti pesawat berbadan sempit, Boeing 737-8 yang diubah suai, tempat duduk baharu A330neo turut akan diberikan sentuhan motif songket. 

MAG berkata dengan tempat duduk baharu itu, Malaysia Airlines akan menjadi syarikat penerbangan utama di dunia yang menampilkan tempat duduk Elevation pada kerangka pesawat A330.

Pesawat A330neo baharu mempunyai 297 tempat duduk termasuk 28 dalam Kelas Perniagaan dan 269 dalan Kelas Ekonomi dengan 24 tempat duduk dilengkapi ruang kaki tambahan.

Ciri-ciri lain yang turut ditawarkan adalah seperti pod pengecas tanpa wayar, kusyen tempat duduk ergonomik, sistem hiburan dalam penerbangan (IFE) dengan mod Kanak-kanak, serta ruang yang mencukupi untuk bekerja, berehat dan menjamu selera dengan penuh keselesaan. 

Pesawat itu juga akan dilengkapi dengan sambungan WiFi yang kini ditawarkan secara percuma kepada semua penumpang dalam pesawat terpilih.

Bagi mengukuhkan lagi permodenan armadanya, MAG juga akan mengubah suai enam daripada A350-900 sedia ada mulai 2026 untuk memastikan penyeragaman kabin yang konsisten dan pengalaman premium untuk penumpangnya sejajar dengan kabin A330neo baharu. 

MAG kini mengendalikan satu armada yang mengandungi 104 pesawat melalui anak syarikatnya Malaysia Airlines, Firely, MASwings dan MASkargo.

Malaysia Airlines juga baru-baru ini telah mengumumkan perkhidmatan penghantaran peribadi ke terminal penerbangan menggunakan kenderaan EV BMW i7. Kemudahan ini disediakan untuk penumpang Kelas Perniagaan, Suite Perniagaan dan Enrich Platinum, berikutan penggantungan perkhidmatan aerotrain di terminal KLIA 1.

[Sumber: Malaysia Airlines]

Bacaan berkaitan:

  • Malaysia Airlines guna EV BMW i7 untuk hantar penumpang istimewa ke terminal penerbangan
  • MAS & Firefly tawar tambang tetap istimewa ke Sabah & Sarawak sempena cuti perayaan 2024
  • Boeing 737-8 pertama MAS tiba di Malaysia, siap ada WiFi berkelajuan tinggi
Tags: A330neoAirbusBoeing 737-8MAGMalaysia AirlinesMAS
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240120-malaysia-airlines-a330-neo

A330neo pertama Malaysia Airlines tiba akhir tahun ini, tawar rekaan tempat duduk baharu

30 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER