• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift Go 14 dengan Intel Core Ultra 7 ditawar pada harga bermula RM3,599

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:29 pm
  • 30/01/2024
  • Komen
Acer Swift Go 14 terima manfaat Intel Core Ultra 7 dalam badan 1.3kg
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan penjualan Acer Swift Go 14 berspesifikasi segar untuk pasaran tempatan. Model ini dilancarkan di peringkat global dalam bulan Disember 2023 yang lalu dan Acer telah bawakan kemas kini yang salah satunya adalah penggunaan cip pemproses terbaharu Intel generasi ke-14.

Harga Acer Swift Go 14 di Malaysia

Acer Swift Go 14 ditawarkan dalam dua varian. Harganya adalah seperti berikut:



  • Acer Swift Go 14 Intel Core Ultra 7 – RM4,299
  • Acer Swift Go 14 Intel Core Ultra 5 – RM3,599

Sekiranya berminat anda boleh layari gendung dalam talian Acer untuk mendapatkannya.

Spesifikasi Acer Swift Go 14

Selain daripada perubahan cip pemproses, lain-lain komponen pada Swift Go 14 (2024) didapati sama sahaja seperti versi 2023. Panel paparannya menggunakan panel OLED 14” beresolusi 2880 x 1800 (16:10) dengan kadar segar semula 90Hz.



Untuk pasaran Malaysia, varian Intel Ultra 7 diberikan ruang storan seluas 1TB manakala varian Intel Ultra 5 diberikan ruang sotran seluas 512GB. Bagusnya, RAM sebanyak 16GB menggunakan modul LPDDR5X hadir untuk kedua-dua varian.

Port I/O yang diterima pengguna tidak semewah Asus Zenbook 14 OLED. Berdasarkan laman spesifikasi, tiada maklumat sama ada 2 port USB-C menyokong Thunderbolt 4, namun melalui imej port I/O yang dikongsikan, terdapat logo Thunderbolt dicetak berhampiran port itu. Selain USB-C, anda juga terima USB-A, HDMI, dan slot mikro-SD.

Kekurangan pada spesifikasi menyebabkan Acer beralih kepada sentimen kelestarian alam untuk memasarkan laptop mereka. Pad sesentuh laptop ini katanya diperbuat daripada bahan OceanGlass, peratusan bahan kitar semula ditingkat lebih 44% berbanding produk generasi sebelum ini.

Laptop ini seberat 1.32kg dan hayat baterinya diiklankan sebagai sehingga 12.5 jam sementara kapasiti bateri yang sebenar tidak pula diiklankan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Acer

Tags: Aceracer swift goacer swift go 14laptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Acer Swift Go 14 terima manfaat Intel Core Ultra 7 dalam badan 1.3kg

Acer Swift Go 14 dengan Intel Core Ultra 7 ditawar pada harga bermula RM3,599

30 January 2024
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN