• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor akan lancar dua peranti flagship Februari nanti, ada varian eksklusif

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:57 pm
  • 30/01/2024
  • Komen
240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah mengumumkan pelancaran produk global siri flagship Honor Magic serta peranti boleh lipat terbaharu di Mobile World Congress 2024 (MWC) di Barcelona. Acara tersebut akan berlangsung pukul 2 petang, waktu Barcelona (9 malam waktu Malaysia) pada 25 Februari 2024.

240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR

Pembuat telefon pintar China itu akan memperkenalkan siri Honor Magic 6 serta varian khas peranti boleh lipat Honor Magic V2 baharu. Kesemua peranti yang akan dilancarkan itu turut dijangka akan memasuki pasaran tempatan tidak lama selepas acara pelancaran global memandangkan Malaysia merupakan antara pasaran utama jenama itu.



Spesifikasi Honor Magic 6 dan 6 Pro

240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR

Siri Honor Magic 6 telah diperkenalkan beberapa minggu lalu di China. Kedua-dua model Magic 6 dan Magic 6 Pro dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3 terbaharu Qualcomm. Ia menjalankan sistem operasi MagicOS 8.0 berasaskan Android 14. 

Pada bahagian muka Magic 6 Pro, dilengkapi panel paparan OLED 6.8-inci dengan resolusi FHD+  2800×1280, kadar penyegaran semula setinggi 120Hz.



Di atas kertas, kadar kecerahan puncaknya dikatakan pada 5,000 nits, yang mana Honor menjanjikan penglihatan tanpa gangguan walaupun di bawah cahaya matahari. Pun begitu, kadar kecerahan maksimum biasa dinilai pada 1,600 nits.

Bergantung pada pasaran, telefon pintar itu hadir pilihan konfigurasi RAM 12GB dengan storan 256GB atau RAM 16GB dengan pilihan storan sama ada 512GB atau 1TB.

240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR

Pada bahagian optiknya, Magic 6 Pro masih menampilkan bonggol kamera bulat besar dengan tiga buah kamera belakang. Untuk siri flagship itu menampilkan kamera utama 50MP dengan apertur boleh ubah f/1.4-f/2.0, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto periskop 180MP yang menyediakan zum optik 2.5x.

Sama seperti Magic 5 Pro, anda masih boleh melakukan zum digital sehingga 100x. Pada bahagian hadapan, ia mendapat kamera swafoto 50MP bersama penderia ToF 3D yang berbentuk bujur.

Untuk model 6 Pro, ia dilengkapi bateri karbon silikon 5,600mAh yang menyokong pengecasan berwayar pantas 80W dan pengecasan tanpa wayar 66W. Ia juga menerima penarafan IP68 yang menjadikannya telefon kalis debu dan air.

Sebagai perbandingan, Honor Magic 6 Pro dijual di China pada harga bermula CNY5,699 (~RM3,758).

240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR

Manakala untuk Honor Magic 6 standard, ia dilengkapi skrin 6.78-inci dengan resolusi FHD+ 2800×1264. Seperti model Pro, ia juga dikatakan mempunyai kecerahan puncak 5,000 nits dan kecerahan maksimum biasa 1,600 nits serta kadar penyegaran semula setinggi 120Hz.

Magic 6 didatangkan dalam pilihan konfigurasi RAM 12GB dan storan 256GB atau RAM 16GB dengan pilihan storan 256GB atau 512GB.

240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR

Untuk aspek fotografi, model itu juga diberikan tiga kamera belakang tetapi dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Pro 6 iaitu kamera utama 50MP f/1.9, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 32MP dengan zum optik 2.5c. Manakala pada bahagian hadapan diberikan kamera swafoto 50MP. 

Kapasiti bateri model asas kecil sedikit berbanding 6 Pro, iaitu 5,450mAh. Namun ia masih menyokong pengecasan berwayar pantas 66W dan pengecasan wayarles pantas 50W.

Sebagai perbandingan, Honor Magic 6 dijual di China pada harga bermula CNY4,399 (~RM2,901).

Honor Magic V2 RSR Porsche Design

Sekiranya anda sedang mencari peranti boleh lipat premium, Honor juga baru-baru ini telah memperkenalkan Honor Magic V2 RSR Porsche Design yang turut akan dikeluarkan untuk pasaran global.

Dari segi luaran, ia tampak sama dengan Honor Magic V2 yang telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM6,999. Namun terdapat sedikit kelainan di mana ia di datangkan dengan warna khas Agate Grey dan beberapa elemen ‘flyline’ mirip bumbung kereta mewah Porsche 911.

Badan Honor Magic V2 RSR diperbuat daripada gentian kaca (fibre glass) dan ia menggunakan engsel aloi titanium ultra ringan yang diiktiraf oleh SGS bagi mencapai reka bentuk nipis yang luar biasa, iaitu 9.9mm dalam keadaan lipat dan 4.7mm apabila dibuka.

Untuk ketahanan tambahan, Honor menyatakan model Porsche Design itu menampilkan Perisai NanoCrystal Anti-calar pertama dalam industri yang dikatakan memberi perlindungan 10x ganda.

Jika berminat untuk memiliki Honor Magic V2 RSR Porsche Design, anda boleh mendapatkan jemputan eksklusif menerusi laman web rasmi Honor Malaysia.

Sebagai perbandingan, untuk pasaran China, Honor Magic V2 RSR Porsche Design dengan RAM 16GB dan storan 1TB dijual pada harga CNY15,999 (~RM10,551).

Buat masa ini, tidak pasti sama ada varian yang sama akan dibawa masuk ke Malaysia atau tidak. Nak tak nak, kenalah tunggu selepas pelancaran globalnya yang akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang sebulan lagi.

Bacaan berkaitan:

  • Dapatkan jemputan untuk miliki Honor Magic V2 RSR Porsche Design sekarang
  • Honor Magic V2 dilancar di Malaysia dengan jaminan penggantian skrin percuma
  • Honor Magic V2 telefon lipat paling nipis, serta lagi ringan daripada iPhone 14 Pro Max
Tags: honorHonor Magic 6Honor Magic 6 ProHonor Magic V2Honor Magic V2 RSR Porsche Design
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR

Honor akan lancar dua peranti flagship Februari nanti, ada varian eksklusif

30 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER