• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:47 pm
  • 30/01/2024
  • Komen
Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto
Share on FacebookShare on Twitter

Realme sebelum ini ada menyatakan mereka bakal memperkenalkan telefon pintar hasil kerjasama dengan sentuhan pakar jam mewah. Kini, Realme telah mendedahkan siri telefon tersebut di India iaitu, siri Realme 12 Pro. Ia datang dalam dua model yang serupa seperti model terdahulu, Realme 12 Pro dan Realme 12 Pro+.

Harga siri Realme 12 Pro di India

Untuk varian bukan plus Realme 12 Pro, ia ditawarkan dalam dua pilihan varian di India dengan saiz RAM yang sama. Harga rasminya adalah seperti berikut:



  • Realme 12 Pro (RAM 8GB dan storan 128GB) – INR25,999 (~RM1,478)
  • Realme 12 Pro (RAM 8GB dan storan 256GB) – INR26,999 (~RM1,535)

Realme 12 Pro telah boleh mula di pra tempah di India dan terdapat dua pilihan warna yang disediakan iaitu biru dan beige.

Walau bagaimanapun, masih tiada tarikh pelancarannya di Malaysia setakat ini. Tetapi, model Realme 12 Pro+ telah melepasi pengesahan SIRIM, menandakan model itu akan dilancarkan di Malaysia nanti.



Spesfikasi Realme 12 Pro

Satu keunikan pada siri Realme 12 Pro ini adalah ia dihasilkan dengan kerjasama pakar jam mewah, Ollivier Saveo. Ia dapat dilihat pada bulatan ruang kameranya yang seakan ‘crown’ pada jam mewah dalam warna emas. Panel belakangnya juga memperagakan kemasan kulit bersama jalur sulaman benang emas di tengah panel.

Bagi Realme 12 Pro, ia dikuasakan cip 6 Gen 1 4nm, bersama gandingan RAM 8GB dan juga storan dalaman sama ada 128GB atau 256GB. Ia juga akan menjalankan sistem operasi Android 14 yang diselaputi dengan Realme UI 5.0.

Untuk paparan, ia menampilkan skrin melengkung 6.7-inci menggunakan panel AMOLED pada resolusi HD Penuh, serta kadar penyegaran 120Hz. Panel ini ada kecerahan puncak pada 950 nits, serta memiliki cakupan warna gamut P3 100% dan terima pengesahan TUV Rheinland untuk ada tahap PWM setinggi 2160Hz.

Lubang kecil di skrin terletaknya kamera hadapan bersensor 16MP. Sementara itu, di belakang ia menggunakan sistem tri kamera iaitu kamera utama 50MP OIS yang berupaya mengezum lossless sehingga x4, kamera telefoto 32MP dengan zum optikal x2 dan juga kamera ultra lebar 8MP.

Membekalkan tenaga pada komponen telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 67W melalui USB-C. Realme mendakwa ia mampu mengecas dari 1% hingga 50% dalam masa 19 minit sahaja.

Antara ciri lain yang ada pada Realme 12 Pro juga termasuk speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos, pengimbas cam jari dalam skrin dan diiktiraf IP65. Ia juga menyokong sambung seperti WiFi 6, Bluetooth 5,2 dan 5G.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 12 Pro.

Bacaan berkaitan

  • Realme akan lancar sesuatu pada 3 Januari 2024. Adakah Realme 12 Pro+?
  • Rolex dan Realme akan berkerjasama untuk hasilkan telefon?
  • Realme GT 3 1TB dengan pengecas 240W hanya RM2,799, percuma fon putik dan pembersih udara
Tags: Realmerealme 12 pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto

Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto

30 January 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN