• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 12 Pro+ diperkenal dengan Snapdragon 7s Gen 2, telefon termurah ada kamera periskop

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:20 pm
  • 30/01/2024
  • Komen
Realme 12 Pro+ diperkenal dengan Snapdragon 7s Gen 2, telefon termurah ada kamera periskop
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah memperkenalkan sekuel siri telefon kelas pertengahan mereka yang terbaru, siri Realme 12 Pro. Seperti yang didedahkan sebelum ini, Realme bekerjesama dengan pakar jam tangan mewah Ollivier Saveo untuk berikan estetik unik dan premium pada kedua model dalam siri ini iaitu Realme 12 Pro dan Realme 12 Pro+.

Harga Realme 12 Pro+ di India

Jika Realme 12 Pro ditawar dalam dua varian, model Realme 12 Pro+ tersedia dalam tiga varian dengan pilihan RAM lebih besar. Berikut adalah harga jualan rasminya di India:



  • Realme 12 Pro+ (RAM 8GB dan storan 128GB) – INR29,999 (~RM1,706)
  • Realme 12 Pro+ (RAM 8GB dan storan 256GB) – INR31,999 (~RM1,819)
  • Realme 12 Pro+ (RAM 12GB dan storan 256GB) – IN33,999 (~RM1,933)

Bukan itu sahaja, Realme 12 Pro+ turut diberikan lebihan pilihan warna merah, di samping biru dan beige seperti di Realme 12 Pro.

Sementara Realme masih belum memaklumkan tarikh pelancaran siri Realme 12 Pro di Malaysia, model Realme 12 Pro+ telah pun didedah tersenarai dalam pengkalan data SIRIM. Oleh itu, mungkin ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Sebagai perbandingan, Realme 11 Pro dilancarkan di India pada 8 Jun 2023 dan hanya memasuki Malaysia pada 20 Julai 2023.



Spesifikasi Realme 12 Pro+

Realme 12 Pro+ ini ada rekaan sama seperti Realme 12 Pro, diinspirasi dari jam tangan mewah terutama pada bahagian bulatan modul kameranya yang hadir dengan rekaan ‘crown’ pada jam. Ia turut dikenakan kemasan kulit pada bahagian panel belakang dan dihiasi dengan jalur sulaman di tengah, hasil kerjasama dengan pakar jam tangan mewah antarabangsa, Ollivier Saveo.

Berada dalam kelas pertengahan, ia diperkasa cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman seluas 256GB. Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah sama seperti model bukan plus, iaitu 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC sama pada 67W.

Selain itu, paparannya adalah jenis melengkung menggunakan panel AMOLED berukuran 6.7-inci pada resolusi HD Penuh. Panel ini turut menyokong kadar penyegaran 120Hz dengan kecerahan puncak pada 950 nits, serta mempunyai warna gamut 100% DCI-P3 dan tahap PWM setinggi 2160Hz.

Antara peningkatan yang diberikan pada model plus berbanding biasa adalah pada sistem pengimejannya. Realme 12 Pro+ menggunakan kamera periskop telefoto 64MP memanfaatkan sensor OmniVision OV64B. Kamera ini mampu mengezum optikal sehingga 3x dan zum digital 120x, serta menggunakan salutan lensa yang didakwa Realme ada pantulan ultra rendah. Dua lagi kamera adalah kamera utama 50MP yang memiliki sokongan OIS dan juga kamera ultra lebar 8MP.

Untuk selfie, di tengah skrin terdapat lubang yang menempatkan kamera hadapan 32MP. Realme 12 Pro+ menjalankan sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Telefon ini juga mempunyai speaker stereo dengan sokongan Dolby Atmos, pengimbas cap jari di dalam skrin, sertam menyokong ciri sambungan seperti Bluetooth 5.2, WiFi 6, dan 5G.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 12 Pro+ di sini.

Bacaan berkaitan

  • Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto
  • Rolex dan Realme akan berkerjasama untuk hasilkan telefon?
  • Realme akan lancar sesuatu pada 3 Januari 2024. Adakah Realme 12 Pro+?
Tags: Realmerealme 12 prorealme 12 pro+
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Realme 12 Pro+ diperkenal dengan Snapdragon 7s Gen 2, telefon termurah ada kamera periskop

Realme 12 Pro+ diperkenal dengan Snapdragon 7s Gen 2, telefon termurah ada kamera periskop

30 January 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER