• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

AION Y Plus: EV jenama ketiga terbesar China akan masuki Malaysia dalam H1 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:55 am
  • 01/02/2024
  • Komen
AION Y Plus: EV jenama ketiga terbesar China akan masuki Malaysia dalam H1 2024
Share on FacebookShare on Twitter

WTC Automotif Sdn. Bhd. (WTCA) adalah syarikat di bawah kumpulan Tan Chong dan hari ini mereka telah mengumumkan beberapa perkara menarik tentang apa yang akan mereka bawakan ke dalam landskap automotif Malaysia tahun 2024.

Pengumuman pertama adalah mereka bakal menghasilkan secara CKD sebuah model ICE berjenama China. Model yang dimaksudkan adalah GAC GS3 EMZOOM. Ia adalah sebuah SUV kompak dengan enjin 1.5L Turbo yang membuahkan sekitar 130kW (175hp) dan tork 270Nm. Mereka juga umumkan satu model baharu iaitu GAC EMKOO, model yang lebih besar daripada EMZOOM.



GS3 EMZOOM
GAC EMKOO

Itu belum cukup menarik. Yang lebih menarik adalah pengumuman kedua mereka. WTCA mengumumkan mereka adalah pengedar ekslusif untuk EV subjenama GAC iaitu AION dan dalam majlis yang sama mereka mempamerkan sebuah model EV iaitu AION Y Plus menandakan model ini akan ditawarkan dalam pasaran kita.

Walau bagaimanapun, maklumat spesifikasi di pasaran kita, bila, dan berapa masih belum ada. Namun, kita boleh usyar negara jiran kita, Thailand, yang sudahpun menjual AION Y Plus dalam pasarannya sejak September 2023 lalu.



AION Y Plus: SUV Kompak Elektrik

AION Y Plus boleh dikategorikan dalam kelas SUV kompak. Dimensi EV ini adalah di antara BYD Dolphin dengan BYD Atto 3 dan ia kecil sedikit daripada Tesla Model Y. Rekaannya agak agresif,  terutamanya di bahagian depan rekaan lampunya yang bentuk macam sayap burung ataupun bulu mata bercahaya.

Bahagian depan memang tiada jeriji radiator langsung. Kedudukan lampu yang agak tinggi ini mengingatkan saya pada Mitsubishi Expander. Daripada tepi pula ingatkan saya pada BMW iX berpunca daripada kue seperti cermin sisi dwitona, pemegang pintu jenis flush, kemasan hitam pada C pillar, dan akhir sekali minispoiler di bahagian atap kenderaan.

Yang paling saya minat adalah bahagian belakang AION Y Plus. Tiada frasa “binalah mimpi anda” jadikannya ia kemas dan yang mencantikkannya lagi adalah lampu bar LED melintang daripada hujung ke hujung.

Saya paling minat bahagian belakang. Kemas. Tiada frasa membina mimpi anda. Lampu belakang melintang. Bila anda buka but belakang, anda dihidangkan dengan ruangan kira-kira 330L untuk kargo dan kerusi penumpang boleh dilipat rata.

AION Y Plus: 204hp, 225Nm, dan 68.2kWh

Di Thailand, AION Y Plus ditawarkan dalam tiga varian iaitu Leite, Premium, dan Ultra. Varian paling rendah iaitu Elite harga paling rendah dengan banyak ciri pintar dibuang bagi memungkinkan harga tersebut. Spesifikasinya sedikit baik daripada Neta V. Sukar untuk saya bayangkan varian ini dibeli oleh pengguna Malaysia.

Namun begitu, semua varian AION Y Plus dikuasakan motor elektrik yang sama iaitu pacuan roda depan dengan output 150kW (204hp) dengan tork setinggi 225Nm. Motor ini boleh bawa kenderaan daripada pegun kepada 100km/j dalam masa sepantas 8.5 saat (Premium). Varian Ultra capai kelajuan yang sama dalam tempoh 9.0 saat disebabkan ia lebih berat hasil penggunaan bateri berkapasiti lebih besar iaitu 68.2kWh.

Varian Premium pula ada bateri 63.2kWh dan mampu bawanya sejauh 490km berdasarkan perkiraan NEDC sementara varian Ultra sejauh 550km.

Apabila perlu diisi, semua varian ini menerima arus AC pada yahap 7kW manakal DC pada tahap 80kW. Fungsi vehicle-to-load juga ada untuk kemudahan dan output sehingga 3,300W boleh dikeluarkan untuk menguasakan kelengkapan elektrik seperti kipas, pemanas, dan lain-lain.

AION Y Plus: Kabin lapang, kerusi berangin, dan skrin inforia 14.2”

Beralih ke bahagian dalam, ruangan dalam yang minimalis dan kemas boleh anda lihat. Apabila duduk di tempat pemandu, anda ada akses kepada konsol tengah jenis terapung. Bahagian atas ada pad pengecas wayarles dan tempat letak cawan. Bahagian bawah pula ada ruang letak barang juga, contohnya SmartTag. Lagi ruang penyimpanan yang boleh dimanfaatkan adalah dibawah alas tangan.

Sterengnya besar, jenis sport dengan macam-macam butang fizikal boleh ditemui untuk beri input pada skrin-skrin yang ada di depan anda. Instrumen klusternya guna panel 10.25”, sekali ganda lebih besar daripada yang boleh anda temukan pada BYD Atto 3 ataupun Dolphin. Melihat info-info penting jadi lebih mudah.

Ciri bantu pandu pintar yang biasa anda temui pada EV, ada pada AION Y Plus. Paling penting ia ada AAC dengan LSF. Lain-lain ciri bantu pandu aktif lain adalah seperti LDW, LKAS, AEB, dan FCW. Kamera keliling 360-darjah juga ada untuk bantu anda lihat halangan di titik-titik buta.

Skrin inforia juga besar. Ia ada skrin 14.2” peka sentuhan tapi tak boleh dipulas seperti pesaing BYD-nya. Secara keseluruhannya, duduk dalam kabin AION Y Plus terasa luas. Ruang kepala juga banyak dan terasa lapang kerana tingkap sisi yang luas dan juga bumbung kaca kereta ini.

Kerusi pemandu ada fungsi ventilation yang akan sembur angin ke bahagian belakang. Posisi kerusi boleh diubah dengan motor elektrik sama seperti kerusi penumpang. Bahagian belakang juga penumpang akan terasa lapang sebab tingkapnya luas berserta ada lagi tingkap suku di belakang ini.

AION Y Plus: Pesaing hebat BYD Atto 3

Itu dia serba sedikit tentang spesifikasi AION Y Plus. Rekaannya cantik kecuali saya tak berapa nak gemar bahagian lampu depan. Saya lebih gemarkan rekaan konvensional macam BYD Dolphin walaupun ramai kata rekaan macam itu dah outdated.

Bila dan berapa, maklumat itu kita masih belum ada itu akan dikongsikan kemudian hari. Sama-samalah kita nantikan dan teruskan ikuti SoyaCincau BM untuk berita EV Malaysia.

Tags: aionaion y plusautomotifautomotiveEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AION Y Plus: EV jenama ketiga terbesar China akan masuki Malaysia dalam H1 2024

AION Y Plus: EV jenama ketiga terbesar China akan masuki Malaysia dalam H1 2024

1 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER