• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple akan bangunkan peranti boleh lipat, dijangka seawal 2026

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:28 pm
  • 04/02/2024
  • Komen
iPad Mini baru lebih pantas dengan 5G, USB-C dan cip A15 Bionic
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dilaporkan akan meneroka pasaran peranti boleh lipat dengan rancangan untuk memperkenalkan peranti 7-inci hingga 8-inci yang boleh menggantikan iPad Mini.

Menurut laporan dari The Elec, jangka masa pelancaran peranti boleh lipat Apple mungkin antara 2026 dan 2027.



Walau bagaimanapun, syarikat tersebut juga dilaporkan sedang giat membangunkan OLED untuk iPad Mini. Jadi masih terdapat ketidakpastian tentang spesifikasi peranti boleh lipat itu buat masa ini, malah terdapat juga spekulasi bahawa ia akan menjadi iPhone boleh lipat atau iPad boleh lipat.

iPhone boleh lipat atau iPad boleh lipat yang akan dihasilkan Apple?

Sampel panel boleh lipat Apple

Laporan itu turut menyebut bahawa Apple dilaporkan telah bekerjasama dengan pembekal paparan Samsung dan LG, yang telah membekalkan sampel panel boleh lipat 7-inci dan 8-inci sejak tahun lepas.



Antara syarikat panel itu, Samsung dikatakan lebih aktif dalam membangunkan panel boleh lipat Apple berbanding LG, dan dijangka akan menjadi pembekalkan utama panel boleh lipat sekiranya Apple memutuskan untuk mengeluarkan peranti tersebut pada tahun 2026.

Apple iPad Mini

Pun begitu, wujud pandangan berbeza antara Apple, Samsung dan LG mengenai elemen penting seperti kaca ultra nipis, tingkap penutup dan reka bentuk engsel. Jadi ia boleh mengakibatkan pengeluaran peranti boleh lipat Apple tertunda.

Bagaimanapun, banyak info mengenai peranti boleh lipat Apple seperti bentuk dan fungsinya masih kekal misteri. Namun kita boleh menganggap ia satu perkembangan yang baik apabila Apple menunjukkan minat untuk bersaing dalam pasaran peranti boleh lipat yang banyak dikuasai oleh jenama seperti Samsung dan Huawei.

[Sumber: The Elec]

Bacaan berkaitan:

  • Apple habis jual lebih 200,000 Vision Pro dalam fasa pra tempah
  • AppleCare+ kini tersedia untuk iPhone, Apple Watch dan AirPods di Malaysia
  • iPad Air, iPad Pro & MacBook Air baharu dijangka tiba bulan Mac atau April?
Tags: appleiPad MiniiPad Mini boleh lipatiphoneiPhone boleh lipatperanti boleh lipat Appletelefon boleh lipat
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

iPad Mini baru lebih pantas dengan 5G, USB-C dan cip A15 Bionic

Apple akan bangunkan peranti boleh lipat, dijangka seawal 2026

4 February 2024
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN