• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu ciri ekslusif Galaxy S24 Ultra akan disebarluaskan ke Android lain Oktober 2024 ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:38 pm
  • 05/02/2024
  • Komen
Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24
Share on FacebookShare on Twitter

“Circle to Search” adalah salah satu daripada banyak ciri yang menarik di dalam suite Galaxy AI. Ditawarkan secara ekslusif untuk siri Galaxy S24, Samsung memaklumkan bahawa ia boleh dinikmati pengguna Android lain seawal Oktober 2024 ini. Circle to Search membolehkan carian atas paparan dilakukan secara serta merta dengan cara melukiskan parameter subjek yang ingin diketahui maklumatnya.

Buat masa sekarang, pengguna Android lain boleh saja gunakan ciri “Search Screen” yang menghasilkan output hampir serupa, kecuali pada ketiadaan langkah melukis parameter.



Tempahan awal siri Galaxy S24 naik lebih 10% berbanding Galaxy S23

Dalam kenyataan media yang sama, Samsung turut berkongsikan kegembiraan mereka tentang tempahan awal sriri Galaxy S24. Di Belanda sahaja, jumlah tempahan awal meningkat 50% berbanding generasi terdahulu manakala tempahan awal peringkat global mencatatkan angka sekurang-kurangnya 10% lebih baik daripada Galaxy S23.



Perkara ini selari dengan laporan prestasi tempahan awal Galaxy S24 di Korea Selatan yang dikatakan sudahpun melebihi 1.2 juta berbanding 1.09 juta Galaxy S23 dan 1.02 juta sewaktu Galaxy S22.

Ia jelas menunjukkan Teknologi AI menjadi mangkin kepada betapa lakunya siri Galaxy S24 pada tahun ini. Ada pelbagai fungsi AI dimasukkan seperti AI Call Assist, AI Note Assist, AI Photo Editing, dan banyak lagi bagi memberikan cara guna baharu kepada telefon ini. Daripada segi fizikal, tidaklah berlaku perubahan besar yang menjadikan orang nak sangat dapatkannya.

rga Galaxy S24 naik, tiada lagi storan 128GB

Secara ringkas, harga untuk semua model Galaxy S24 di Malaysia lebih tinggi berbanding siri Galaxy S23 ketika dilancarkan tahun lepas. Bagaimanapun, Samsung tidak lagi menyediakan storan 128GB kali ini, menjadikan harga terendah jauh lebih mahal.

Berikut adalah harga siri Galaxy S24 di Malaysia:

  • Galaxy S24 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,099
  • Galaxy S24 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,599
  • Galaxy S24+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,899
  • Galaxy S24+ (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM5,399
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM6,299
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM6,799
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 1TB) – RM7,799

Sebenarnya, untuk Galaxy S24 harganya lebih murah kerana harga storan 256GB hanya RM4,099 sahaja berbanding RM4,199 untuk Galaxy S23 256GB. Tetapi untuk Galaxy S24+, ia naik RM200 berbanding Galaxy S23+.

Tetapi kenaikan harga Galaxy S24 Ultra lebih parah kerana ia naik RM600 untuk semua storan berbanding Galaxy S23 Ultra. Jika dahulu Galaxy S23 Ultra boleh dibeli di bawah RM6,000, sekarang harganya bermula dari RM6,299.

Sumber: Samsung

Tags: androidcircle to searchGooglemobilesamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S24Samsung Galaxy S24 Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24

Satu ciri ekslusif Galaxy S24 Ultra akan disebarluaskan ke Android lain Oktober 2024 ini

5 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER