• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Seksyen 11 lebuhraya WCE akan dibuka tidak lama lagi, lengkapi laluan di Perak

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:38 pm
  • 06/02/2024
  • Komen
Seksyen 11 lebuhraya WCE akan dibuka tidak lama lagi, lengkapi laluan di Perak
Share on FacebookShare on Twitter

Seksyen 11 Projek Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dijangka akan dibuka kepada khalayak ramai tidak lama lagi. Pembukaan lebuhraya ini bakal membolehkan pengguna untuk melakukan perjalanan dari Beruas ke Taiping Selatan melibatkan jajaran sepanjang 35 kilometer. Ia juga berfungsi sebagai laluan alternatif dari Lebuhraya Utara Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix, semasa pelancaran kempen keselamatan jalan raya Tahun Baru Cina 2024 bersama kontinjen PDRM Perak ada berkongsikan perkembangan terkini berkenaan WCE. Dia memaklumkan bahagian paling utara WCE iaitu Seksyen 11 dari Beruas ke Taiping Selatan akan dibuka tidak lama lagi.



Pembukaan lebuhraya ini juga menandakan ia akan melengkapkan keseluruhan bahagian WCE di Perak. Seksyen 11 disasarkan untuk siap menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April 2024. Tetapi ia mungkin akan dibuka kepada orang awam lebih awal dari yang disangka. Tidaklah jelas sama ada ia akan tersedia semasa perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Setakat ini, sebanyak tiga daripada empat seksyen lebuhraya telah siap dibina di Perak dan dibuka. Ia adalah jajaran dari Hutan Melintang ke Beruas (Seksyen 8, 9, dan 10). Manakala untuk di Selangor, dua daripada tujuh seksyen yang siap dibina telah dibuka iaitu jajaran dari Bandar Bukit Raja Selatan ke Assam Jawa (Seksyen 5 dan 6).



Untuk perkembangan lain, hanya tiga seksyen akan dibuka pada tahun ini iaitu Seksyen 1 (Banting – SKVE), Seksyen 2 (SKVE – SAE), dan Seksyen 11 (Beruas – Taiping Selatan). Dua lagi Seksyen 3 dan Seksyen 4 (SAE – NKVE/FHR2) dijangka akan buka lebih lambat pada pertengahan tahun 2025.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan berkaitan

  • RHB dan WCE anjurkan Century Ride pertama di lebuhraya tertutup
  • Seksyen 6 Lebuhraya WCE dibuka, percuma untuk semua kenderaan sehingga Januari 2024
Tags: BeruasLebuhraya Pantai Baratlebuhraya plustaipingTaiping SelatanWCE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Seksyen 11 lebuhraya WCE akan dibuka tidak lama lagi, lengkapi laluan di Perak

Seksyen 11 lebuhraya WCE akan dibuka tidak lama lagi, lengkapi laluan di Perak

6 February 2024
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN