• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung buka tempahan monitor Odyssey Ark 2 55” dan Odyssey G9 49”, diskaun sehingga RM5,700

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:40 pm
  • 07/02/2024
  • Komen
240207 - Samsung Odyssey Promo
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia telah mengumumkan ketibaan dua monitor gaming baharu ke Malaysia, monitor besar Odyssey Ark 2 G97NC 55-inci dan super ultralebar Odyssey G9 G95C 49-inci. 

Sebagai sebahagian daripada pelancaran dua monitor gergasi itu, Samsung juga mengadakan promosi tempahan awal yang menawarkan potongan harga sehingga RM5,700.



Harga dan ketersediaan Samsung Odyssey Ark 2 dan Odyssey G9 Malaysia

Odyssey Ark 2 dijual pada harga RM13,999, manakala Odyssey G9 pula boleh dimiliki dengan harga RM5,999. Namun untuk tempoh sehingga 18 Februari, anda boleh mendapatkan potongan harga menarik menerusi promosi dalam talian eksklusif di laman web Samsung Malaysia.

240207-Samsung-Odyssey-Promo-00-Odyssey-Ark-2
Odyssey Ark 2
240207-Samsung-Odyssey-Promo-00-Odyssey-G9
Odyssey G9

Potongan harga RM5,000 ditawarkan Samsung untuk pembelian Odyssey Ark 2, menjadikan harganya turun kepada RM8,999. Anda juga boleh mendapat diskaun tambahan RM700 jika menukar beli dengan TV atau monitor lama, menjadikan jumlah keseluruhan penjimatan sehingga RM5,700.



Samsung juga memberikan diskaun RM1,200 untuk pembelian Odyssey G9, dan anda boleh mendapatkannya pada harga RM4,799. Terdapat juga potongan harga tambahan RM500 jika anda menukar beli dengan monitor lama. 

Spesifikasi Samsung Odyssey Ark 2

240207 - Samsung Odyssey Promo 00 - Odyssey Ark 2

Odyssey Ark 2 adalah monitor gaming dengan skrin paparan melengkung Quantum MiniLED VA 55-inci, resolusi 4k dengan kelengkungan skrin 1000R. Selain kadar kecerahan puncak pada 600 nits dan kadar penyegaran semula setinggi 165Hz, Odyssey Ark 2 juga mempunyai 1,056 zon peredupan tempatan, nisbah kontras 1,000,000:1 bersama masa respons pantas 1ms.

Anda juga boleh menyambungkannya kepada empat input berbeza dengan ciri paparan berbilang Samsung, serta mod potret Cockpit dengan memusingkan monitor 90 darjah.

Selain enam saluran pembesar suara 60W 2.2.2, monitor Odyssey Ark 2 turut mempunyai ciri lain termasuk sokongan untuk AMD FreeSync Premium Pro dan sistem pengendalian Tizen terbina dalam. Untuk port I/O, terdapat Display Port 1.4, dua port HDMI 2.1, HDMI 2.0, USB-C dan 2 port USB-A.

Spesifikasi Samsung Odyssey G9

240207-Samsung-Odyssey-Promo-00-Odyssey-G9

Bagi monitor super ultralebar Odyssey G9 49-inci yang dikemas kini, ia menawarkan resolusi 5120×1440 dalam nisbah 32:9 dengan kelengkungan skrin 1000R. Selain itu ia ada kadar kecerahan puncak pada 450 nits, kadar penyegaran semula setinggi 240Hz bersama masa respons pantas 1ms dan nisbah kontras 2500:1.

Terdapat juga sokong untuk  FreeSync Premium Pro dan pencahayaan CoreSync Samsung. Bagi sambungan port I/O, ada DisplayPort 1.4, 2 port HDMI 2.1 dan USB 3.0.

Untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut dan jika anda berminat untuk membuat tempahan monitor Odyssey Ark 2 atau Odyssey G9, anda boleh layari laman web Samsung Malaysia.

Bacaan berkaitan:

  • Satu ciri ekslusif Galaxy S24 Ultra akan disebarluaskan ke Android lain Oktober 2024 ini
  • Samsung ambil langkah penjimatan untuk hasil Galaxy Z berharga rahmah
  • CES 2024: Samsung umum tiga monitor Odyssey OLED baharu, kadar segar semula cecah 360Hz
Tags: samsungsamsung malaysiaSamsung Odyssey ArkSamsung Odyssey Ark 2Samsung Odyssey G9
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240207 - Samsung Odyssey Promo

Samsung buka tempahan monitor Odyssey Ark 2 55” dan Odyssey G9 49”, diskaun sehingga RM5,700

7 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER