• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bateri berteknologi baru Honor Magic 6 Pro lulus ujian ekstrem di angkasa lepas

  • OLEH Najib
  • 11:41 am
  • 08/02/2024
  • Komen
Bateri berteknologi baru Honor Magic 6 Pro lulus ujian ekstrem di angkasa lepas
Share on FacebookShare on Twitter

Honor dilihat cuba mengusik Samsung apabila memuat naik surat ucapan selamat ke-24 (merujuk kepada Galaxy 24?), tetapi turut menyatakan supaya tidak mengecas diri sendiri banyak kali. Jika ini bukan sebab kuasa mengecas, pastinya berkaitan bateri di dalam telefon pintar.

Honor turut menjelaskan, surat dari Siri Honor Magic 6 ini dikongsi menjelang pelancaran telefon flagship baharu tersebut di pameran Mobile World Congress (MWC) 2024 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari nanti.



As fleeting as magic, every epic moment is but a heartbeat away. Here at HONOR, our Falcon Camera System captures life in striking motion, revealing the wonder of magic within.#HONORMagic6 #DiscoverTheMagic #HONORMWC2024 #MWC24
Learn More: https://t.co/pcVKBpisOA#HONORMalaysia pic.twitter.com/6qh7AWTupG

— HONOR MY (@HonorMalaysia) February 7, 2024

Ujian sejuk melampau di angkasa lepas

Telefon yang bakal dilancarkan, siri Honor Magic 6 akan dilengkapi inovasi bateri baharu ciptaan Honor sendiri. Ia adalah bateri karbon silikon yang serupa digunakan di dalam kenderaan elektrik (EV) seperti Tesla. Malah, Honor memuatkan kapasiti bateri sebesar 5,600mAh ke dalam Honor Magic 6 Pro untuk ketahanan peranti sepanjang hari. Selain itu, Honor Magic 6 Pro menyokong pengecasan pantas 88W, berbanding Galaxy S24 Ultra yang mampu mengecas setinggi 45W sahaja dengan bateri lithium-ion 5,000mAh.

Bagi membuktikan bateri karbon silikon mereka berupaya berfungsi dalam suhu ekstrem, Honor telah membuat ujian di angkasa lepas dengan suhu sangat sejuk. Ujian tersebut telah dirakam dan dikongsikan di saluran YouTube Honor bertajuk ‘Discover the Galaxy by Magic‘.



Dalam ujian itu, telefon Honor Magic 6 Pro yang dicas penuh dibawa ke atmosfera tinggi dan memasuki ruang angkasa. Selepas tiga jam terdedah dengan suhu terlampu sejuk di altitud tinggi, telefon tersebut dibawa turun kembali ke bumi dan ia menunjukkan bateri masih berada di tahap tinggi 86%.

Selain itu, Honor juga berkongsikan satu lagi ujian ekstrem oleh PhoneBuff. Ujian tersebut menunjukkan Honor Magic 6 Pro disimpan di dalam sebuah peti sejuk beku pada tahap serendah -20°C. Di dalam peti tersebut, Honor Magic 6 Pro memainkan video tanpa henti.

Selepas 13 jam, telefon tersebut dikeluarkan dan PhoneBuff mendapati ia masih berfungsi seperti biasa. Sehubungan itu, Honor merumuskan bahawa bateri karbon silikon generasi kedua buatan mereka, mampu menahan suhu sejuk beku yang sangat rendah, berbanding bateri jenis litium ion biasa.

Nampaknya ujian dan dapatan Honor tentang telefon mereka yang bakal dilancarkan nanti sangat menakjubkan. Tetapi semuanya perlu dibuktikan apabila ia sampai ke tangan pengguna biasa, adakah ia mampu mengharungi hari-hari biasa dengan lebih baik berbanding ujian ekstrem.

Siri Honor Magic 6

Siri Honor Magic 6 telah dilancar di China awal tahun ini dan ia dikuasakan cip terbaru Snapdragon 8 Gen 3. Untuk versi Pro, ia dilengkapi tiga kamera belakang dengan kamera utama 50MP berbilang apertur, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto periskop 180MP. bateri karbon silikon di dalamnya berkapasiti 5,600mAh dan menyokong pengecasan berwayar 80W dan pengecasan wayarles 66W.

240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR
240130 Honor Magic 6 Magic v2 RSR
Honor Magic 6 dan Honor Magic 6 Pro

Honor Magic 6 pula didatangkan dengan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 32MP. Kamera hadapannya 50MP. Kapasiti bateri silikon karbon padanya kecil sedikit, 5,450mAh dan menyokong pengecasan berwayar 66W dan pengecasan wayarles 50W.

Honor Magic 6 Pro dijual di China pada harga bermula CNY5,699 (~RM3,758), manakala Honor Magic 6 dijual pada harga bermula CNY4,399 (~RM2,901). Untuk perbandingan, Honor Magic 5 Pro dilancar di Malaysia berharga RM4,299 manakala Honor Magic 5 berharga RM3,499.

Maklumat lanjut mengenai siri Honor Magic 6 akan diketahui lebih banyak semasa pelancarannya pada 25 Februari 2024, di MWC 2024.

Bacaan Berkaitan

  • Honor Magic 5 & Magic 5 Pro: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Honor jamin 3 tahun Android dan 5 tahun keselamatan untuk Honor Magic Vs dan Magic 5 Pro
  • Honor akan lancar dua peranti flagship Februari nanti, ada varian eksklusif
Tags: honorHonor Magic 6Honor Magic 6 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Bateri berteknologi baru Honor Magic 6 Pro lulus ujian ekstrem di angkasa lepas

Bateri berteknologi baru Honor Magic 6 Pro lulus ujian ekstrem di angkasa lepas

8 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER