• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Xiaomi

Xiaomi utus teaser berkenaan pameran produk di MWC 2024, turut ada kereta elektrik SU7

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:10 pm
  • 14/02/2024
  • Komen
Xiaomi utus teaser berkenaan pameran produk di MWC 2024, turut ada kereta elektrik SU7
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Mobile World Congress 2024 (MWC) di Barcelona yang bakal tiba tidak lama lagi akan menyaksikan pengenalan pelbagai produk dan inovasi terbaru. Semakin mendekati tarikh berlansungnya acara itu, jenama telefon terkemuka Xiaomi telah mengutuskan satu hantaran mendedahkan produk yang bakal dipamerkan nanti.

Hantaran di X atau Twitter itu dibuat oleh CEO Xiaomi, Lei Jun sendiri dengan mengatakan dia tidak sabar untuk membawakan produk yang mereka usahakan ke peringkat global. Yang menariknya, utusan tersebut dimuat naik berserta gambar berpiksel menunjukkan produk seperti telefon, tablet, jam pintar, robot vakum dan juga kereta.



Can't wait to bring what we've been working on to the global audience at #MWC24.

📍Hall 3 | 3M10, Fira Gran Via pic.twitter.com/tJpajf4a9R

— Lei Jun (@leijun) February 12, 2024

Selain itu, gambar itu turut menyatakan produk yang bakal diperkenal membawa tema “Human x Car X Home”. Ini bermaksud, selain daripada siri flagship Xiaomi 14, Xiaomi juga akan memperkenalkan kereta elektrik Xiaomi SU7 untuk peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

240207 - Xiaomi 14 Global
Xiaomi 14

Untuk pengetahuan anda, siri flagship Xiaomi 14 telah pun rasmi dilancarkan di China pada hujung Oktober 2023. Ia merangkumi dua model iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro. Namun, terdapat lagi satu model yang dikatakan akan tiba pada MWC iaitu Xiaomi 14 Ultra.



Xiaomi SU7

Xiaomi SU7 pula diperkenal pada Disember tahu lalu dan merupakan kereta elekrik berprestasi tinggi yang diperkasa dua motor mengeluarkan kuasa 664hp dengan tork setinggi 838Nm bagi varian tertingginya. Motornya memacu semua roda dan boleh memecut dari 0 hingga 100km/s dalam masa 2.78 saat sahaja.

Walau bagaimanapun, tidaklah pasti berkenaan tiga lagi peranti yang akan ditunjukkan oleh Xiaomi pada acara MWC nanti. Tetapi untuk tablet, berkemungkin ia adalah sekuel tablet Xiaomi seterusnya iaitu Xiaomi Pad 7.

Bacaan berkaitan

  • Siri Xiaomi 14 masuk pasaran global hujung Februari, dijangka lancarkan model baharu
  • Xiaomi 14 akan dilancar dengan HyperOS baru, telefon pertama bakal guna Snapdragon 8 Gen 3?
  • Jam pintar Xiaomi RM19 dan banyak lagi promosi di pembukaan Xiaomi Store The Exchange TRX
Tags: xiaomiXiaomi 14Xiaomi 14 ProXiaomi SU7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Xiaomi utus teaser berkenaan pameran produk di MWC 2024, turut ada kereta elektrik SU7

Xiaomi utus teaser berkenaan pameran produk di MWC 2024, turut ada kereta elektrik SU7

14 February 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN