• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal Realme 12+ 5G dibuka, deposit hanya RM12

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 7:03 pm
  • 16/02/2024
  • Komen
240216 Realme 12+ Tempahan
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasminya Realme mengumumkan akan melancarkan siri Realme 12+ dan 12 Pro+ untuk pasaran Malaysia pada 29 Februari ini. Seiring dengan pelancarannya, tempahan awal untuk telefon pintar itu turut dibuka kepada umum.

240216 Realme 12 Tempahan

Dengan deposit RM12, anda boleh membuat tempahan awal eksklusif untuk Realme 12+ 5G. Lebih menarik lagi, setiap tempahan awal yang dibuat dari 16 hingga 29 Februari 2024, anda akan menerima hadiah bernilai RM699.



Promosi tempahan awal

Harga sebenar untuk Realme 12+ 5G masih belum diumumkan buat masa ini. Namun bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar itu, dengan deposit RM12 sahaja, melayakkan anda mendapat hadiah seperti:

  • Fon putik Techlife Wireless
  • Jam pintar Techlife T17C
  • 1- tahun lanjutan waranti
240216 Realme 12+ Tempahan

Tempahan awal dengan deposit RM12 boleh dilakukan di kedai jenama Realme seluruh negara bermula 16 sehingga 29 Februari. Manakala bermula 1 Mac pula, lengkapkan pembelian anda dengan membuat baki bayaran dan menerima Realme 12+ serta hadiah bernilai RM699.



Spesifikasi Realme 12+ 5G

240216 Realme 12+ Tempahan

Untuk paparan, ia menampilkan skrin 6.67-inci menggunakan panel AMOLED pada resolusi FHD+, serta kadar penyegaran 120Hz. Realme 12+ dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7050 5G bersama gandingan RAM 12GB dan juga storan dalaman 256GB. Ia juga akan menjalankan sistem operasi Android 14 yang diselaputi dengan Realme UI 5.0.

Lubang kecil di skrin terletaknya kamera hadapan bersensor 16MP. Sementara itu, di belakang ia menggunakan sistem tri kamera iaitu kamera utama 50MP (sensor Sony LYT-600), kamera ultralebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Membekalkan tenaga pada komponen telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong blok pengecasan 67W.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Realme.

Bacaan berkaitan:

  • Tempah Realme 12 Pro+ 5G, percuma fon putik & jam pintar bernilai RM799
  • Realme 12 Pro+ diperkenal dengan Snapdragon 7s Gen 2, telefon termurah ada kamera periskop
  • Realme 12 Pro dilancar, dikuasakan Snapdragon 6 Gen 1 dengan kamera potret telefoto
Tags: Realmerealme 12 pro+Realme 12+
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240216 Realme 12+ Tempahan

Tempahan awal Realme 12+ 5G dibuka, deposit hanya RM12

16 February 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN