• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple bakal didenda EUR 500 juta di Eropah?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:40 pm
  • 19/02/2024
  • Komen
Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Kesatuan Eropah (EU) dilapor sedang bersiap sedia untuk mengemukakan denda kepada Apple atas dakwaan antipersaingan. Berdasarkan sumber, EU akan kenakan saman bernilai EUR500 juta (~RM2.6 billion) dalam masa terdekat namun butirannya masih kabur.

Siasatan terhadap dakwaan antipersaingan telah dimulakan hasil daripada aduan Spotify dari Sweden dalam tahun 2019. Mereka mengadu bahawa disebabkan komisen yang dikutip terlalu tinggi oleh Apple malalui transaksi App Store, pihak pengelola platform penstriman muzik itu terpaksa menaikkan harga langganan untuk beroleh keuntungan.



Mungkin ada kaitan dengan siasatan ini, Apple awal Januari 2024 lalu telah mengumumkan beberapa perubahan pada cara pengoperasian mereka di Eropah bagi mematuhi undang-undang Digital Markets Acts (DMA) dalam pasaran Kesatuan Eropah (EU). Salah satunya adalah perubahan komisen kepada kadar serendah 10% sementara yuran penggunaan sistem pembayaran AppStore dikenakan sebanyak 3%.

Walau bagaimanapun, ia masih didakwa Spotify sebagai antipersaingan kerana bukan setakat kadar komisen sahaja diubah, mereka turut memperkenalkan cukai baharu yang dipanggil cukai Technology Core. Penerangannya adalah aplikasi yang diedarkan melalui AppStore dan/atau gedung pihak ketiga dikenakan bayaran EUR0.50 untuk setiap pemasangan kali pertama aplikasi untuk aplikasi yang mencatatkan pemasangan melebihi 1 juta dalam tempoh setahun.



Di pihak Spotify, mereka mengatakan yang pemasangan aplikasi mereka berlegar-legar sekitar 100 juta hanya untuk pasaran EU. Berdasarkan sampel pengiraan yang diilustrasikan Apple, pemasangan 1.2 juta dalam kategori first annual install diterjemahkan kepada EUR8,300 bayaran Technology Core sebulan. Untuk 100 juta, Spotify melihat amaun sebanyak EUR830,000/bulan.

Spotify bukan satu-satunya syarikat yang tak berpuas hati dengan Apple. Epic Games juga lantang bersuara tentang isu ini satu ketika dulu. Dalam tahun 2020, permainan Fortnite hasilan mereka telah ditendang keluar kerana Epic Games tidak mahu menggunakan sistem pembayaran dalam talian Apple kerana didakwa mengenakan komisen terlalu tinggi. Fortnite sehingga hari ini masih tiada di platform iOS.

Namun, selepas pengumuman iOS membenarkan gedung aplikasi pihak ketiga, Epic Games terus mengumumkan yang ia akan kembali ke sistem operasi itu.

Sumber: BussinessTimes

Bacaan berkaitan

Pembeli mula kembalikan Apple Vision Pro, tapi kenapa?

Promosi tukar bateri atau skrin iPhone di Switch, serendah RM338

Apple mahu guna rekaan kamera baharu untuk iPhone 16

Tags: appleSpotify
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada Februari 2024

Apple bakal didenda EUR 500 juta di Eropah?

19 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER