• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 12R kantoi guna storan lebih perlahan, pengguna boleh dapat bayaran balik

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:34 pm
  • 19/02/2024
  • Komen
OnePlus 12R kantoi guna storan lebih perlahan, pengguna boleh dapat bayaran balik
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus baru sahaja memperkenalkan sekuel telefon terbaru mereka OnePlus 12 pada hujung Januari lepas. Tidak sampai sebulan dari pelancarannya, nampaknya OnePlus kini berhadapan dengan masalah besar kerana menyatakan maklumat yang salah bagi model OnePlus 12R mereka.

Dalam laman komuniti OnePlus, Presiden dan COO OnePlus, Kinder Liu mengesahkan bahawa terdapat kesilapan komunikasi berkenaan jenis storan yang digunakan pada OnePlus 12R dengan storan 256GB. Sebalik storan UFS 4.0 yang diiklankan pada awal pelancarannya, ia sebenarnya menggunakan storan UFS 3.1 yang lebih perlahan.



Bagaimanapun, Liu memaklumkan, walaupun model 256GB OnePlus 12R menggunakan UFS 3.1, ia masih dilengkapkan dengan fungsi baharu Tritiny Engine. Jadi, pengguna OnePlus 12R masih boleh menggunakan ciri baharu itu bagi mengoptimumkan sistem operasi dengan komponen RAM dan storan, tetapi sudah tentu kehilangan pada kelajuan peralihan data yang dapat ditawarkan UFS 4.0.

Menurut Samsung, storan UFS 4.0 dapat memberikan prestasi dua kali lebih pantas berbanding UFS 3.1 dengan kelajuan peralihan data sehingga 23.2Gbps.



Permasalahan mengenai storan ini dilihat hanya terkesan untuk model OnePlus 12R dengan storan 256GB dan RAM 16GB sahaja, dan tidak melibatkan model asas 128GB dengan RAM 8GB. Namun, varian tertinggi itu merupakan satu-satunya model yang ditawarkan di Malaysia.

Bagaimanakah nasib pembeli OnePlus 12R?

Berita baiknya, pembeli OnePlus 12R berstoran 256GB boleh mendapat balik bayaran sehingga 16 Mac 2024 ini. Untuk lakukannya, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan OnePlus bagi mendapatkan pembayaran semula. Namun, jumlah bayaran yang boleh diterima tidak pula dinyatakan oleh pihak OnePlus.

Selain itu, mereka yang telah menempah juga digalakkan untuk menghubungi pihak OnePlus bagi membincangkan langkah seterusnya yang perlu dilakukan. Jika anda adalah salah seorang pengguna yang terlibat, pastikan untuk menghubungi khidmat pelanggan OnePlus sebelum 16 Mac ini.

[Sumber: Laman komuniti OnePlus]

Bacaan berkaitan

  • OnePlus 12R Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin ProXDR 120Hz berharga RM3,199
  • OnePlus 12 Malaysia: Sistem optik Hasselblad generasi 4 dan kapasiti luar biasa besar
  • OnePlus 12 akan dilancar 23 Januari 2024 bersama satu kejutan lain
Tags: OnePlusoneplus 12r
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
OnePlus 12R kantoi guna storan lebih perlahan, pengguna boleh dapat bayaran balik

OnePlus 12R kantoi guna storan lebih perlahan, pengguna boleh dapat bayaran balik

19 February 2024
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN