• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AEON

Bank digital patuh syariah, AEON Bank mula buka pendaftaran minat

  • OLEH Najib
  • 6:56 pm
  • 21/02/2024
  • Komen
Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi

cof

Share on FacebookShare on Twitter

Jika GXBank adalah bank digital pertama dibuka di Malaysia, AEON Bank pula dilihat akan menjadi bank digital patuh syariah pertama beroperasi di sini. AEON Bank telah membuat pengumuman tentang kedatangan mereka awal tahun ini tetapi masih tidak memberi tarikh dan bila akan memulakan operasi.

Jadi yang terawal tahu tentang AEON Bank

Kini AEON Bank memaklumkan telah membuka pendaftaran minat kepada orang ramai. Menerusi Facebook rasmi AEON Bank, mereka menjemput sesiapa sahaja yang mahu menjadi terawal mengetahui berita tentang AEON Bank, untuk mendaftar minat mereka.



Pendaftaran minat tersebut boleh dibuat dengan mengimbas kod QR di Facebook AEON Bank. Kod QR itu akan membawa pengguna ke laman pendaftaran minat AEON Bank, yang terletak di laman web rasmi mereka. Hanya isi nama dan alamat emel untuk mendaftar.

Aplikasi AEON Bank

Selain mula mengambil pendaftaran minat, AEON Bank juga dilihat telah menyediakan aplikasi perbankan digital mereka. Bagaimanapun, ia hanya ditemui ada di Google Playstore, masih tiada di Apple Appstore.



Dari previu gambar yang dikongsikan, ia menunjukkan AEON Bank menyediakan perkhidmatan akaun simpanan serta sokongan DuitNow Transfer. Pengguna juga akan menerima faedah apabila menyimpan wang di dalam akaun simpanan dan ia adalah patuh syariah. Tetapi tidak kelihatan penerangan tentang berapa faedah yang diterima. Terdapat juga ciri seperti Tabung, di mana pengguna boleh menetapkan sasaran simpanan untuk satu tempoh.

Aplikasi AEON Bank juga dilihat menyediakan maklumat berguna berkaitan simpanan dan perbelanjaan pengguna. Antaranya wang masuk dan keluar, serta penetapan bajet perbelanjaan bulanan.

Selain itu, pengguna AEON Bank juga boleh mengumpul mata ganjaran AMP. Sekali lagi, tiada penjelasan tentang cara mengumpul mata ganjaran atau menebusnya. Tetapi ia ada mengatakan bahawa AMP adalah AEON Member Plus. Mungkin ia adalah mata ganjaran yang serupa digunakan di AEON Wallet.

Pemasangan aplikasi AEON Bank memang mudah, tetapi malangnya cubaan kami untuk mendaftar gagal. Mungkin kerana ia masih di peringkat ujian dalaman atau untuk pengguna terpilih sahaja buat masa ini.

Ketibaan AEON Bank pasti dinantikan ramai rakyat Malaysia, terutama untuk individu dan umat Islam yang lebih selesa dengan perkhidmatan patuh syariah. Apa pula bentuk tawaran yang akan disediakan untuk menarik pengguna mendaftar dan menggunakan AEON Bank kelak? Nantikan berita terkini daripada kami di masa akan datang.

Terima kasih kepada Swee Huts di RKMD atas tips yang diberikan.

[Sumber: AEON Bank]

Bacaan Berkaitan

  • Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi
  • GX Card, Kad Debit GXbank dengan RM0 caj keluar wang di semua ATM boleh ditempah sekarang
  • GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia
Tags: AEONaeon bankBank Digital
Najib

Najib

POPULAR

Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi

Bank digital patuh syariah, AEON Bank mula buka pendaftaran minat

21 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER