• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi

  • OLEH Najib
  • 11:12 am
  • 09/01/2024
  • Komen
Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia terutamanya umat Islam boleh membuka akaun bank digital patuh syariah dengan mudah. Ini kerana AEON Bank (M) Berhad (dahulunya dikenali sebagai ACS Digital Berhad), telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi perbankan digital di Malaysia. Sekaligus, menjadikan AEON Bank sebagai bank digital patuh syariah pertama di Malaysia. AEON Bank merupakan syarikat bersekutu AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) dan anak syarikat AEON Financial Service Co. Ltd. (AFS Jepun).

Sebelum ini, AEON Credit adalah salah satu institusi kewangan bukan bank yang telah menyediakan akses pembiayaan kepada individu yang tiada akses pembiayaan kewangan di bank. Dengan ketibaan AEON Bank, mereka mahu memperluas komitmen tersebut dengan mengembangkan perkhidmatan kewangan kepada individu dan peniaga kecil yang tidak mempunyai akses kepada pembiayaan dan perkhidmatan kewangan lain.



Selain itu, AEON Bank juga akan memberi keutamaan kepada inisiatif literasi dan pendidikan kewangan untuk memberdayakan individu dan peniaga kecil dengan pengetahuan dan alat untuk membuat keputusan kewangan yang tepat.

Pelancaran AEON Bank

Buat masa ini, AEON Bank masih belum menetapkan tarikh pelancarannya serta tarikh pendaftaran terbuka untuk orang ramai. AEON Bank merancang pelancaran secara berfasa untuk aplikasi barunya, bermula dengan fasa ujian beta eksklusif bersama kumpulan pekerja AEON.



Raja Teh Maimunah dan Daisuke Maeda, Pengarah Urusan AEON Credit

Raja Teh Maimunah, Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank berkata, “Kami sedar akan kepentingan mengumpul pandangan dan maklum balas dari pengguna dalam mempersiapkan pelancaran aplikasi kami. Penawaran akses awal kepada sekumpulan pengguna beta terpilih bertujuan untuk memperhalus aplikasi AEON Bank dengan kerjasama pengguna beta agar dapat memenuhi harapan pengguna kami yang lebih luas pada pelancaran penuh.”

Untuk itu, AEON Bank mensasarkan pelancaran berfasanya pada separuh pertama tahun ini.

Pengumuman AEON Bank ini juga menjadikannya bank digital kedua mengumumkan kesediaan operasi di Malaysia. Pada tahun 2022, BNM telah mengumumkan pemberian lesen bank digital kepada 5 konsortium. AEON Credit dan AFS Jepun telah membentuk konsortium bersama MoneyLion Inc, syarikat fintek dari Amerika Syarikat untuk beroleh lesen bank digital patuh syariah. Bagaimanapun, awal tahun ini Money Lion telah menarik diri daripada konsortium tersebut.

Selain AEON Bank, KAF Investment Bank Sdn. Bhd juga beroleh lesen bank digital patuh syariah daripada BNM. Tiga lagi lesen bank digital konvensional diberikan kepada:

  • Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad (Boost Bank)
  • Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. Bhd (GXBank)
  • Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd

Setakat ini, hanya GXBank telah dilancarkan dan beroperasi sebagai bank digital di Malaysia. Boost-RHB pula baru mengumumkan akan beroperasi mulai 15 Januari 2024, tetapi secara dalaman dahulu. Sebelum membuka pendaftaran kepada orang ramai.

Bacaan Berkaitan

  • Bank Negara anugerahkan lesen bank digital kepada 5 konsortium ini, apa maknanya kepada kita?
  • GXBank: Bank digital pertama Malaysia lancar aplikasi beta, tawar RM20 dan faedah harian
  • GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia
Tags: AEONaeon bankaeon creditBank Digital
Najib

Najib

POPULAR

Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi

Bank Digital patuh Syariah pertama di Malaysia, AEON Bank akan beroperasi tidak lama lagi

9 January 2024
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN