• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer lancar Predator Helios 16 dan 18, hadir dengan skrin Mini LED 250Hz dan RTX 4090

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:44 pm
  • 22/02/2024
  • Komen
Acer lancar Predator Helios 16 dan 18, hadir dengan skrin Mini LED 250Hz dan RTX 4090
Share on FacebookShare on Twitter

Acer telah memperkenalkan barisan laptop siri terbaru Predator Helios untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan laptop berkuasa tinggi dengan dimuatkan perkakasan terbaik seperti Intel Core i9, GeForce RTX 4090, paparan MiniLED dengan kadar penyegaran 250Hz, serta hadir dengan papan kekunci WASD yang boleh ditukar.

Harga dan ketersediaan Predator Helios 16 dan 18 di Malaysia

Siri terbaru Predator Helios ini didatangkan dalam dua varian iaitu Predator Helios 16 dan juga Predator Helios 18. Ia juga ditawarkan dalam pelbagai konfigurasi, dan sebagai laptop berprestasi tinggi, harganya sudah tentu tidak murah. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia:



Predator Helios 16

  • Core i9-14900HX, RAM 32GB, RTX 4070, paparan IPS 16″ 240Hz – RM10,999
  • Core i9-14900HX, RAM 32GB, RTX 4080, paparan IPS 16″ 240Hz – RM12,999
  • Core i9-14900HX, RAM 32GB, RTX 4080, paparan IPS Mini LED 16″ 250Hz – RM12,999

Predator Helios 18



  • Core i9-14900HX, RAM 32GB, RTX 4080, paparan IPS 18″ 240Hz – RM13,999
  • Core i9-14900HX, RAM 32GB, RTX 4080, paparan IPS Mini LED 18″ 250Hz – RM18,999

Siri Predator Helios terbaru ini tersedia didapatkan semua pengguna di Malaysia di stor Acer Malaysia eStore, serta stor rasmi Acer di Lazada dan Shopee. Sempena pelancarannya, Acer turut menawarkan potongan harga sebanyak RM1,000 untuk kelima-lima varian terbaru ini. Promosi ini berjalan dari 21 Februari hingga 7 Mac 2024. Setiap pembeli juga akan menerima beg galas Predator secara percuma.

Spesifikasi siri Predator Helios

Siri Predator Helios terbaru ini didatangkan dalam dua saiz, 16-inci dan 18-inci. Tidak kira model yang mana, kesemuanya menggunakan cip pemproses Intel Core i9-14900HX dengan kombinasi RAM DDR5 32GB berkelajuan 5600MHz. Storan pula menggunakan PCIe NVME SSD bersaiz 2TB untuk semua model, kecuali bagi model tertinggi 18-inci yang menggunakan storan lebih besar 4TB.

Untuk keperluan grafik, Predator Helios ini didatangkan dengan pilihan GPU NVIDIA GeForce dari RTX 4070 hinggalah ke RTX 4090.

Jenis skrin yang digunakan bergantung kepada model. Untuk model tertinggi kedua-dua Helios 16 dan Helio 18, ia dipasangkan panel paparan IPS Mini LED yang menyokong kadar penyegaran 250Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits. Manakala model yang lain pula, skrinnya menggunakan panel IPS dengan kadar penyegaran 240Hz dan kecerahan puncak 500 nits. Apa yang sama adalah, kesemua skrin ini menggunakan aspek 16:10 dalam resolusi 2560 x 1600 piksel, serta ada masa respons pada 3ms dan cakupan warna gamut penuh DCI-P3.

Seperti biasa, ia didatangkan dengan papan kekunci RGB berlampu yang boleh diubah suai menerusi aplikasi PredatorSense. Tetapi, apa yang menariknya, papan kekuncinya tampil dengan ciri baharu MagKey 3.0 membenarkan pengguna untuk menukar kunci WASD kepada dua lagi set yang tersedia di dalam kotak.

Selain daripada papan kekunci, melalui aplikasi PredatorSense, lampu RGB pada logo Predator dan lampu bar di belakang laptop turut boleh diubah, serta ia juga boleh digunakan untuk mengubah tahap prestasi laptop. Menghidupkan laptop adalah bateri berkapasiti 90Wh.

Berkenaan sistem penyejukan, siri Predator Helios ini menggunakan dua kipas AeroBlade generasi ke-5. Port yang boleh ditemui pada laptop ini termasuk satu port Ethernet, satu HDMI 2.1, 1 kad mikroSD, dua USB-C Thunderbolts 4, dua USB-A 3.2 Gen 2, satu port USB-A 3.2 Gen 1 dan satu port jek audio 3.5mm. Terdapat juga webcam 1080p di atas skrin, dan sokongan WiFi7 dan Bluetooth 5.3 bagi keperluan sambungan wayarles.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Acer Helios Predator di sini.

Bacaan berkaitan

  • Acer Swift Go 14 dengan Intel Core Ultra 7 ditawar pada harga bermula RM3,599
  • Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci
  • Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070
  • Acer Swift Go 14 terima manfaat Intel Core Ultra 7 dalam badan 1.3kg
Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Predator Helios 16Acer Predator Helios 18Helios Predator
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer lancar Predator Helios 16 dan 18, hadir dengan skrin Mini LED 250Hz dan RTX 4090

Acer lancar Predator Helios 16 dan 18, hadir dengan skrin Mini LED 250Hz dan RTX 4090

22 February 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER