• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BYD Seal Malaysia: Sedan elektrik pesaing Tesla Model 3 harga bermula RM179,800

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:20 am
  • 22/02/2024
  • Komen
BYD Seal Malaysia: Sedan elektrik pesaing Tesla Model 3 harga bermula RM179,800
Share on FacebookShare on Twitter

Hari yang ditunggu sudah tiba. BYD telah lancarkan EV baharu dalam pasaran Malaysia untuk tahun 2024. BYD Seal adalah model ketiga yang masuki Malaysia selepas BYD Atto 3 tahun 2022 dan BYD Dolphin tahun 2023. BYD Seal adalah sebuah sedan elektrik yang akan bersaing dengan model seperti Tesla Model 3 dan Hyundai Ioniq 6.

Harga BYD Seal di Malaysia

Berikut adalah harga BYD Seal di Malaysia:



  • BYD Seal Premium – RM179,800
  • BYD Seal Performance – RM199,800

Ada promosi pembelian awal dijalankan seperti biasa. 800 tempahan awal akan terima Home Charger dan kredit mengecas RM800 untuk platform gentari. BYD Seal dilindungi jaminan 6 tahun/150,00km. Komponen bateri dilindungi jaminan 8 tahun/160,000km. Drive unit dilindungi jaminan 8 tahun/RM150,000km.

Spesifikasi BYD Seal di Malaysia

BYD Seal ditawarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Premium dan Performance. Di pasaran luar, varian Dynamic turut ditawarkan dan jadi yang paling mampu milik dalam keluarganya. Dimensi kenderaan ini sangat hampir dengan Tesla Model 3 pada segi panjang, lebar, dan tinggi. Kita pergi ke yang paling berkuasa dahulu sebelum lihat pada pilihan yang lebih mampu milik.



BYD Seal Malaysia
BYD Seal Malaysia

BYD Seal Performance adalah sedan elektrik dengan pacuan semua roda. Kuasa maksimum yang dikeluarkan motor ini adalah 390kW (530HP) dengan tork setinggi 670Nm. Angka itu lebih tinggi berbanding Hyundai Ioniq 6 Max AWD. Dengan angka sebegitu, pecutan abad kenderaan ini mengambil masa 3.8 saat berbanding Ioniq 6 Max AWD 5.1 saat ataupun Tesla Model 3 Long Range 4.4 saat.

Walau bagaimanapun, kelajuan maksimum BYD Seal dihadkan secara elektronik pada 180km/j, lebih rendah berbanding dua pesaingnya yang lain tadi.

BYD Seal Malaysia
BYD Seal Malaysia

Bateri yang terkandung padanya adalah berkapasiti 82.56kWh dan ia boleh bawanya sejauh 520km mengikut piawian WLTP. Bila perlu dicas, BYD Seal Performance menyokong pengecasan DC 150kW ataupun AC pada 7kW. Bagi memanfaatkan bateri gergasi ini, ciri V2L ada untuk mudahkan anda gunakan kenderaan sebagai powerbank gergasi.

Satu perkara menarik dengan varian Performance adalah, menggunakan komponen lebih canggih iaitu Frequency Selective Damping. Ia bukanlah pengampai jenis aktif tapi mekanikal sepenuhnya yang mampu beradaptasi secara langsung dengan permukaan jalan.

Duduk di kerusi pemandu, anda dapat kelengkapan yang maju dan mewah. Aliran udara daripada bawah akan pastikan anda kekal selesa. Posisi kerusi boleh diubah secara elektrik dan posisi boleh disimpan dalam memori mengikut pemandu. Panel instrument 10.25” akan paparkan semua maklumat pemanduan yang anda perlukan disamping kehadiran Heads Up Display.

Sistem inforia BYD Seal ditunjangi panel paparan 15.6” yang boleh berputar, sama seperti Atto 3 dan juga Dolphin. Audio pula disalurkan melalaui 12 speaker Dynaudio. Namun begitu, hanya Android Auto sahaja yang ada ciri wayarles sementara anda masih perlu sambungan USB untuk Apple CarPlay. Untuk membangkitkan mood, lampu RGB dalam kabin boleh berinteraksi dengan audio yang sedang dimainkan.

Bagi membekalkan tenaga pada peralatan elektronik anda, 1 USB-C,1 USB-A, dua pad pengecas wayarles disediakan untuk kemudahan.

Segala macam sistem bantu pandu pasif mahupun aktif ada pada kenderaan ini. Anda dapat 9 beg udara, kamera keliling, adaptive cruise control, traffic sign recognition, traffic alert, dan banyak lagi. Yang Bagusnya, semua ciri ini diwariskan kepada semua varian BYD Seal, walaupun yang paling murah.

Beralih kepada varian yang lebih mampu milik BYD Seal iaitu Premium. Ia mendukung sebahagian besar spesifikasi Performance kecuali ia dipacu motor belakang sahaja. Makanya, output kuasanya sedikit rendah pada 230kW (313hp) dan 360Nm. Pecutan abadnya juga sedikit lambat pada 5.9 saat namun ia masih bawa kapasiti bateri yang sama untuk miliki jarak kembara 570km mengikut piawaian WLTP.

Selain ciri keselamatan, bahagian kabin juga berkongsi semua komponen yang sama. Anda boleh pelajari lebih lanjut tentang BYD Seal melalui halaman rasmi mereka.

Bacaan berkaitan

BYD Seal EV akan dilancarkan Februari, yang berminat boleh pandu uji terus

Tempahan BYD Seal, sedan elektrik pesaing Tesla Model 3, dibuka 19 Januari 2024

BYD atasi Tesla sebagai penjual EV terbanyak di dunia akhir tahun lepas

Tags: BYDBYD Atto 3BYD Dolphinbyd sealEVEV Malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BYD Seal Malaysia: Sedan elektrik pesaing Tesla Model 3 harga bermula RM179,800

BYD Seal Malaysia: Sedan elektrik pesaing Tesla Model 3 harga bermula RM179,800

22 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER