• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Terbaik: Tablet bawah RM1,000 di Malaysia, tablet murah kegunaan harian (Februari 2024)

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:02 pm
  • 22/02/2024
  • Komen
240229 5 terbaik tablet bawah RM1000
Share on FacebookShare on Twitter

[26/7/2024: Semak senarai Tablet RM1,000 yang dikemaskini pada Julai 2024 di sini]


Tengah mencari tablet mampu milik dengan bajet RM1,000? Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 5 terbaik tablet di Malaysia pada harga sekitar RM1,000 yang boleh anda pertimbangkan untuk dijadikan pilihan kegunaan harian seperti membaca, tonton video atau bermain game.



Pada masa kini dengan bajet RM1,000 itu, banyak pilihan tablet yang lengkap dengan pelbagai fungsi. Nak tahu tablet yang mana? Jom saya bantu anda.

Anda juga boleh tonton video di bawah ini untuk mengetahui senarainya:



1. Samsung Galaxy Tab A9+ WiFi

Galaxy Tab A9+ yang dilancar Oktober 2023 adalah tablet dengan panel paparan TFT LCD WUXGA (1920 x 1200) dengan kadar segar semula 90Hz bersaiz 11-inci. Ia dikuasakan cip Snapdragon 695 RAM 4GB dengan storan 64GB. Storan itu boleh ditambah sehingga 1TB dengan slot kad mikro-SD. Tablet ini ada kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP.

Bateri pula berkapasiti 7,040mAh dan dicas gunakan blok pengecas 15W. Tablet ini sesuai untuk layan kandungan multimedia sebab ada sistem kuadspeaker dengan teknologi Dolby Atmos dan jek audio 3.5mm.

Samsung Galaxy Tab A9+ boleh dimiliki pada harga RM999. Anda boleh mendapatkannya di Lazada dan Shopee.

Kalau anda klik pautan Shopee, harga yang terpapar adalah RM1,099. Namun harganya boleh menjadi RM964 jika anda menggunakan dua baucar berikut:

  1. Potongan RM15 (perbelanjaan minimum RM50), khas untuk Samsung Authorized Reseller.
  2. Potongan 12% sehingga RM120 (dengan perbelanjaan minimum RM80).

Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.

2. Redmi Pad SE WiFi

Turut dilancarkan pada Oktober 2023, Redmi Pad SE. Tablet ini ada panel LCD beresolusi FHD+ (1920 x 1200) dengan kadar penyegaran semula 90Hz bersaiz 11-inci. Ia dikuasakan cip Snapdragon 680 dengan RAM 8GB dan storan seluas 256GB. Ia boleh ditambah sehingga 1TB gunakan kad mikro-SD. Sistem optiknya dipacu kamera belakang 8MP bersama kamera depan 5MP. 

Kapasiti baterinya 8,000mAh yang sokong pengecasan 10W menerusi USB-C. Dengan bateri penuh, ia boleh digunakan sehingga 14 jam. Tablet ini juga ada sistem kuadspeaker dengan teknologi Dolby Atmos serta jek audio 3.5mm.

Redmi Pad SE boleh dimiliki pada harga RM799. Anda boleh mendapatkannya di Lazada dan Shopee.

Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.

3. Honor Pad X9 LTE

Dilancar Julai 2023, Honor Pad X9 adalah tablet dengan skrin paparan TFT LCD dengan kadar segar semula setinggi 120Hz bersaiz 11.5-inci dengan resolusi 2K (2000×1200). Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 685 dengan RAM 4GB dan storan 128GB.

Tablet dengan kamera belakang dan depan 5MP ini ada bateri berkapasiti 7,250mAh yang boleh dicas melalui port USB-C. Terdapat juga 6 speaker mengelilingi tablet ini.

Honor Pad X9 LTE boleh dimiliki pada harga RM999. Anda boleh mendapatkannya di Lazada dan Shopee.

Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.

4. Oppo Pad Neo WiFi

Oppo Pad Neo ada skrin panel LCD dengan kadar penyegaran setinggi 90Hz bersaiz 11.36-inci dengan resolusi 2.4K (2408 x 1720). Ia dipacu cip MediaTek Helio G99 dengan RAM 8GB dan storan seluas 128GB. Tablet ini memiliki kamera belakang dan depan 8MP.

Tenaga tablet pula disalur oleh bateri berkapasiti 8,000mAh dan gunakan pengecasan SuperVOOC 33W, jadi bateri penuh lebih cepat. Tablet ini ada 4 speaker dengan teknologi Dolby Atmos. Gambar cerah, audio pun padu.

Oppo Pad Neo WiFi yang baru dilancar awal tahun ini boleh dimiliki pada harga RM1,199. Anda boleh mendapatkannya di Lazada dan Shopee. Tapi kalau ada baucar platform e-dagang, harganya pasti lagi murah.

Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.

5. Lenovo Tab M11 LTE

Yang terakhir dalam senarai, Lenovo Tab M11 yang dilancarkan Januari 2023. Tablet dengan panel LCD beresolusi FHD+ (1920 x 1200) bersaiz 11-inci ini diperkasa cip MediaTek Helio G88 dengan RAM 4GB dan storan seluas 128GB.

Untuk optiknya, ada kamera belakang dan depan 8MP. Kapasiti baterinya 7,040mAh dan ia dicas menggunakan pengecas berwayar 15W. Tablet ini ada 4 speaker dan jek audio 3.5mm. Ia juga dilengkapi pen stailus, buat yang suka lukis-lukis, sesuai sangat. Nak belikan untuk anak belajar pun boleh. 

Lenovo Tab M11 LTE boleh dimiliki pada harga RM899, tetapi berdasarkan carian saya tiada pautan terus ke Lazada atau Shopee. Namun jika berminat, anda boleh beli dari laman web rasmi web rasmi Lenovo. 

Boleh layari laman ini untuk maklumat spesifikasi yang lebih lanjut.

Bacaan berkaitan:

  • 5 tablet terbaik di Malaysia bawah RM1000 (Mac 2023)
  • 5 tablet terbaik bawah RM1,000 di Malaysia tahun 2023
  • 5 Tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
Tags: 5 terbaikHonor Pad X9 LTELenovo Tab M11 LTEOppo Pad Neo WiFiRedmi Pad SESamsung Galaxy Tab A9+ WiFitabletTablet bawah RM1000
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240229 5 terbaik tablet bawah RM1000

5 Terbaik: Tablet bawah RM1,000 di Malaysia, tablet murah kegunaan harian (Februari 2024)

22 February 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER