• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 Tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:38 pm
  • 05/09/2023
  • Komen
5 Tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda tanya saya, berapakah bajet yang berpatutan untuk dapatkan sebuah tablet, saya akan cadangkan bawah RM2,000. Ini adalah kerana, dalam lingkungan harga ini, anda boleh dapat tablet dengan ciri yang lengkap. Jadi dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 tablet terbaik bawah RM2,000 di Malaysia untuk tahun 2023 sehingga bulan Ogos. Semua tablet dalam senarai ni sesuai untuk layan Netflix, main minecraft, dan buat assignment atau melukis.

Selain itu, anda juga boleh semak senarai tablet terbaik bawah RM1,000.



1. Realme Pad X

Tablet pertama yang saya nak cadangkan adalah Realme Pad X. Tablet ini dilancar pada tahun 2022 dan menggunakan cip Snapdragon 695 5G. Cip itu digandingkan dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Kalau storan tidak mencukupi, boleh diperluas mengunakan slot MicroSD. Paparannya memiliki bezel yang nipis, menampilkan skrin IPS LCD berukuran 10.95 inci resolusi 2000X1200. Tablet ini sesuai untuk layan Netflix atau dengar lagu kerana ia ada 4 speaker bersama sokongan Dolby Atmos. 

Tambah menarik, tablet ini juga sesuai untuk melukis kerana ia memiliki sokongan pen stylus dan lagi menarik, ia satu-satunya tablet dalam senarai yang ada sokongan 5G. Realme Pad X dijual di Malaysia pada harga RM1,699.



Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

2. Xiaomi Pad 6

Untuk tablet kedua adalah Xiaomi Pad 6. Tablet ini pun baru sahaja dilancar pada Julai lepas. Salah satu ciri menarik yang ada padanya adalah, ia ada skrin 144Hz WQHD berukuran 11-inci. Cip yang digunakan merupakan Snapdragon 870, cip yang sedikit tua usianya dan ia ada RAM LPDDR5 sehingga 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. 

Pek bateri yang dimiliknya juga besar iaitu 8840mAh, dan sokong pengecasan 33W. Pengalaman menonton Netflix atau dengar lagu memang mengasyikkansebab ia ada 4 speaker dengan sokongan Dolby Atmos. Selain itu, tablet ni juga menyokong pen stylus Xiaomi smart pen, dan kamera depannya memiliki ciri FocusFrame, macam ciri Center Stage di iPad. Tetapi tablet ini hanya ada sokongan WiFi sahaja dan tak ada 4G. Xiaomi Pad 6 boleh didapatkan di Malaysia pada harga bermula RM1,299 sahaja.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

3. Huawei MatePad 11.5 inci

Tablet seterusnya adalah dari jenama Huawei, iaitu Huawei MatePad 11.5 inci 2023. Apabila berkaitan dengan Huawei, mesti kurang dekat bahagian Google. Tetapi sebelum anda nilai, perkakasan yang ada pada tablet ni sebenarnya boleh tahan hebat. 

Ia digerakkan oleh cip Snapdragon 7 Gen 1 dan sokong 4G. Skrin dia seluas 11.5 inci 2k 120Hz menggunakan panel TFT LCD dan memiliki nisbah skrin 3 2, jadi sesuai untuk kerja produktiviti. Lagi menarik, tablet ni ada ciri Super Hub, membolehkan anda untuk menyeret fail, teks, atau gambar ke aplikasi lain dengan mudah menggunakan tetingkap kecil di sisi. Untuk melukis atau mencatat nota, tablet ni ada sokongan pen stylus. Tetapi yang kurang syok, kapasiti bateri dia agak kecil, 7700mAh sahaja. Huawei Mate Pad 11.5 inci 2023 boleh dibeli pada harga RM1,799.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

4. iPad 10th Gen

Keempat, satu-satunya tablet dari Apple dalam senarai ini, iPad 10th Gen. iPad ni dah guna rekaan skrin penuh baru kerana tidak mempunyai butang touch ID di bawah skrin, sebaliknya ada di butang kuasa di atas. Skrin dia seluas 10.9 inci menggunakan panel IPS dengan kecerahan puncak 500 nits. Cip yang digunakan adalah A14, sama macam iPhone 12 dan ia akan ada sokongan untuk iPadOS 17 akan datang. 

Nak melukis dekat ProCreate atau catat nota pun boleh sebab dia sokong Apple Pencil Gen 1. Untuk panggilan video, ia ada kamera depan 12MP dengan ciri Center Stage. Tetapi varian bawah dua ribu ni tidak sokong 4G, hanya WiFi sahaja. iPad 10th Gen harga sebenar lebih RM2000, tetapi selalu ada promosi, dan ia boleh didapati pada harga RM1,889 sahaja.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

5. Galaxy Tab S7 FE

Tablet terakhir Samsung Galaxy Tab S7 FE. Tablet ni sesuai kalau anda nak skrin yang besar sebab ia ada skrin TFT seluas 12.4 inci. Bateri yang dibekalkan cukup besar, berkapasiti 10,090mAh yang berikan masa penggunaan sehingga 13 jam dan ada pengecasan pantas 45W. 

Ia ada prestasi yang baik sebab guna cip Snapdragon 778G dengan RAM 6GB dan ada storan sehingga 256GB. Slot microSD turut disertakan. Yang menariknya tablet ni ada sokongan Samsung DEX untuk jadikan tablet macam laptop dan ada sokongan S Pen. S Pen diberikan sekali dalam kotak, tak perlu beli asing. Samsung Galaxy Tab S7 FE di berharga RM1,899 sahaja.

Anda boleh dapatkannya di Lazada atau Shopee.

Kelima-lima tablet tadi adalah tablet yang anda patut pertimbang untuk dapatkan sekarang. Kesemua tablet dalam ni ada prestasi cukup bagus, skrin cantik dan ada sokongan pen stylus. Nak buat kerja atau mencatat nota memang sesuai. Tetapi bukan semua yang sokong 4G atau 5G, jadi kalau mahukan 5G juga anda boleh dapatkan Realme Pad X. 

Kalau mahukan skrin yang besar dan stylus percuma, boleh dapatkan Samsung Galaxy Tab S7 FE. Kalau perlukan speaker bagus untuk tengok Netflix dan tidak perlukan 4G, boleh dapatkan Xiaomi Pad 6. Kalau anda nak melukis dekat ProCreate, boleh dapatkan iPad 10th Gen. Kalau nak guna untuk buat kerja macam dekat Words, boleh dapatkan Huawei Mate Pad 11.5 inci sebab nisbah skrin dia 3:2 dan selalu ada promosi papan kekunci percuma.

Tags: Huawei MatePad 11.5ipad 10th genRealme Pad XSamsung Galaxy Tab S7 FExiaomi pad 6
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

Suka tangkap gambar? Ini senarai kamera hebat di telefon pintar bawah RM1,500 di Malaysia

19 September 2023
Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

Pakej 5G Rahmah ada bayaran tersembunyi, tak semurah yang disangka bila mahu mendaftar

20 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

14 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER