• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Monitor gaming baharu Acer Nitro VG2, harga bermula RM1,129

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 7:28 pm
  • 22/02/2024
  • Komen
240222 Acer Lancar Monitor
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia memperkenalkan rangkaian monitor baharunya yang dreka khas bagi memenuhi keperluan penggunaan harian, gaming dan profesional yang sentiasa bergerak.

Dalam rangkaian ini dilancarkan monitor mudah alih serbaguna, Acer PM161Q B serta monitor siri SA2 dan Nitro VG2, yang direka khas untuk meningkatkan produktiviti dan pengalaman bermain dengan paparan visual terbaik.



Siri Acer Nitro VG2, sesuai untuk gaming

Buat mereka yang gemar bermain permainan video, monitor Acer Nitro VG 272K V3 dan VG272U W2 masing-masing dilengkapi panel IPS dan WQHD dengan sudut pandangan seluas 180 darjah.

VG 272K V3 memiliki cakupan gamut warna DCI-P3 sehingga 95%, dengan kadar segar semula sehingga 160Hz. Skrinnya ada masa respons pantas 0.4ms (GTG). Sambungan port fizikal untuk monitor ini adalah dua port HDMI 2.1, satu DisplayPort 1.4 dan satu mini jek 3.5mm.



VG272U W2 pula, cakupan gamut warna DCI-P3 sehingga 99% sRGB dengan kadar segar semula sehingga 240Hz. Skrinnya ada masa respons pantas 0.4ms (GTG). Sambungan port fizikal untuk monitor ini adalah dua port HDMI 2.1, satu DisplayPort 1.4 dan satu mini jek 3.5mm.

Teknologi BlueLightShield Pro Acer dapat memastikan paparan yang lebih menyelesakan mata dengan mengurangkan cahaya biru, sekali gus memberikan warna yang lebih jelas dan terang.

Anda boleh mendapatkan monitor siri Acer Nitro VG2 dengan harga bermula RM1,129 melalui Acer eStore, kedai rasmi Acer di Lazada dan Shopee serta pengedar rasmi Acer seluruh negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian informasi Produk Acer di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat), atau emel ke [email protected].

Bacaan berkaitan:

  • Siri monitor baharu Acer SA2 31.5″, sesuai untuk pejabat & rumah
  • Acer perkenalkan siri monitor baharu, serendah RM459 & mudah alih
  • Acer Swift Go 14 dengan Intel Core Ultra 7 ditawar pada harga bermula RM3,599
  • Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci
Tags: AcerAcer MalaysiaAcer Nitro VG2Acer PM161Q BAcer SA2monitor acermonitor mudah alih
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
240222 Acer Lancar Monitor

Monitor gaming baharu Acer Nitro VG2, harga bermula RM1,129

22 February 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER