• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei lancar paparan kertas di tablet lebih murah dengan Matepad 11.5 Papermatte Edition

  • OLEH Najib
  • 6:54 pm
  • 23/02/2024
  • Komen
Huawei lancar paparan kertas di tablet lebih murah dengan Matepad 11.5 Papermatte Edition
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda gemarkan rasa kertas di atas skrin tablet, jawapan yang anda perlukan adalah Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition. Ia adalah tablet kedua Huawei dengan paparan ibarat kertas, memberikan permukaan yang lebih selesa digunakan untuk melakar dan menulis seperti menggunakan pensel.

Walaupun harganya lebih murah, ia masih dipenuhi pelbagai ciri-ciri canggih, antaranya paparan PaperMatte 120Hz. Tablet ini juga mendapatkan pengiktirafan SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification dan TÜV Rheinland Reflection-Free Certification, menjadikannya tablet yang selesa dipandang untuk jangka masa yang lama.



Harga dan Promosi Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition

Huawei Malaysia kini membuka tempahan awal untuk tablet baru ini, dari 23 hingga 29 Februari 2024. Dalam tempoh ini, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa papan kekunci pintar, Huawei M-Pencil gen-2 dan tetikus Bluetooth, semuanya bernilai RM1,147. Selain itu, pembeli juga boleh mendapat diskaun RM40 jika menebus baucar RM40 sekarang.

Hanya terdapat satu varian Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition dengan harga berikut:



  • Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,999

Warna juga hanya ada satu iaitu kelabu. Tempahan awal untuk Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition boleh dilakukan di Stor Online Huawei, serta di Lazada dan Shopee.

Harga tablet ini lebih murah berbanding Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition kerana ia menggunakan cipset yang kurang berkuasa. https://bm.soyacincau.com/tag/huawei-matepad-11-papermatte-edition/

Spesifikasi Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition

Prestasi tinggi pada tablet ini digerakkan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 1, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Tiada kad mikroSD diterima. Tablet ini juga tidak menyokong talian mudah alih 4G atau 5G, hanya ada sambungan internet dari WiFi.

Paparannya tidak banyak berbeza dengan edisi biasa, melainkan ia adalah paparan PaperMatte yang kasar seperti kertas. Skrin ini juga tidak silau, menjadikannya lebih baik dipandang berbanding skrin LCD biasa.

Skrin tablet ini seluas 11.5-inci jenis TFT LCD, beresolusi tinggi 2.2K (2200×1440) serta dengan kadar penyegaran 120Hz. Bingkai tepi skrin agak tebal, dengan kamera hadapan 8MP di atas di dalam bingkai di atas skrin. Di belakang, ia ada kamera utama 13MP dengan sudut pandang lebar 105°.

Bateri agak besar terdapat di dalamnya, berkapasiti 7,700mAh dan ia menyokong pengecasan berwayar 22.5W. Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi empat pembesar suara, menyokong algoritma Histen 8.1 untuk bunyi sekeliling lebih mengasyikkan.

Untuk menikmati pengalaman menulis atas kertas, ia perlu dipadankan dengan Huawei M-Pencil gen-2 yang dijual berasingan. M-Pencil membolehkan lakaran ibarat pensel dengan 4,096 tahap tekanan. Ia boleh dilekat secara magnetik di sisi tablet dan dicas serentak. Pengalaman ini boleh dipertingkat lagi dengan tambahan papan kekunci pintar yang turut bertindak sebagai pelindung skrin.

Bagi mendapatkan lebih banyak makluman tentang tablet berpaparan kertas ini, layari laman produk Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2″ nak lawan Tab S9 Ultra dan iPad Pro, dapatkan baucar RM1 sekarang
  • Tablet Huawei Matepad 11.5 kini lebih pantas dengan sokongan 4G LTE
  • Huawei MatePad 11 Papermatte, tablet pertama dengan skrin kertas anti silau dan lembut di mata
Tags: HuaweiHuawei MatePad 11.5Huawei MatePad 11.5 PaperMatte Edition
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Huawei lancar paparan kertas di tablet lebih murah dengan Matepad 11.5 Papermatte Edition

Huawei lancar paparan kertas di tablet lebih murah dengan Matepad 11.5 Papermatte Edition

23 February 2024
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER