• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TIPS: 5 kesilapan biasa perlu elak masa cas telefon pintar

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:08 pm
  • 23/02/2024
  • Komen
240223 Tips Elak Cas Phone
Share on FacebookShare on Twitter

Nak cas telefon pintar? Semua orang pasti tahu cara melakukannya. Hanya cucuk kabel pada telefon, hidupkan suis palam dan tunggu sehingga bateri penuh. Ya, itu cara yang senang tetapi tak ramai tahu cara yang selamat.

Untuk elakkan situasi seperti bateri cepat kong walaupun tidak digunakan, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk menjaga tahap kesihatan bateri telefon pintar anda. 



Malah tabiat yang mungkin kita rasa normal untuk dilakukan semasa mengecas selama ini, boleh menjadi salah satu penyumbang yang memendekkan jangka hayat bateri telefon pintar anda.

Jom saya kongsikan beberapa kesilapan yang harus anda elakkan ketika mengecas telefon pintar, agar jangka hayat bateri kekal optimum.



1. Cas telefon sepanjang malam

Kesilapan paling utama yang sering orang buat. Hampir kebanyakan daripada kita pastinya pernah tercas atau memang sengaja mengecas telefon semalaman, betul tak? Kalau yang tercas tu, biasanya terjadi bila kita cas telefon ketika hendak tidur dan kemudian terlelap. Maka terbiarlah telefon dicas sampailah ke pagi.

Rasa macam tiada masalahkan? Tapi sebenarnya ia tabiat yang sangat tidak sihat untuk telefon anda. Ini sebabnya:

Haba panas. Kalau cas telefon semalaman, biasanya akan letak di bawah bantal atau permukaan lembut seperti katil. Proses mengecas ini menghasilkan haba dan haba tersebut tidak boleh keluar, kerana ‘terperangkap’ di bawah bantal. Ini boleh mengakibatkan telefon menjadi terlalu panas dan berpotensi merosakkan telefon.

Memendekkan hayat bateri. Mengecas telefon sepanjang malam, menjadikan bateri penuh tapi ia tidak disarankan. Kekerapan mengecas sehingga 100% boleh mengurangkan jumlah kitaran bateri, sekali gus memendekkan hayatnya. Tapi apa itu jumlah kitaran bateri? Dekat bawah saya akan jelaskan lebih lanjut.

2. Guna telefon tengah cas

240223 Tips Elak Cas Phone

Masa telefon tengah dicas tulah rasa tergoda nak gunakannya, nak tengok YouTube, nak main permainan videolah. Tapi sebenarnya, kita tak disaran gunakan telefon ketika dicas kerana boleh menyebabkan ia menjadi lebih panas, sekali gus merosakkan bateri dan komponen dalaman yang lain.

Tapi bukanlah bermakna tak boleh langsung nak gunakan telefon yang tengah dicas. Untuk tugasan ringan seperti membaca atau membalas mesej sekejap-sekejap, tiada masalah pun. Yang berat-berat tu macam main game, tunggulah selepas bateri dicas.

3. Guna pengecas tidak berkualiti

Pembelian telefon pintar pada masa kini ada kalanya tidak disertakan sekali bersama pengecas dan anda mungkin terfikir membeli pengecas yang murah harganya. Walau bagaimanapun, ia bukanlah tindakan terbaik. 

240223 Tips Elak Cas Phone

Menggunakan pengecas murah dan tidak serasi dengan telefon pintar boleh merosakkan bateri akibat bekalan kuasa tidak stabil. Penggunaan kabel berkualiti rendah juga boleh menjadi salah satu faktor penyumbang lain.

Setiap telefon memiliki pengecas yang mempunyai spesifikasi tersendiri melibatkan kapasiti kuasa dan arus. Jadi sebaiknya, beli dan gunakan pengecas dan juga kabel dari jenama dipercayai serta berkualiti bagi mengelakkan bateri rosak.

4. Cas hingga penuh

Siapa tak suka tengok bateri penuh 100%, lagi-lagi kalau ada urusan di luar rumah. Tapi jangan terkejut kerana hakikatnya bateri daripada jenis lithium-ion ini tidak suka dicas penuh. 

Bagaimana kalau biarkan bateri sampai 0% atau terus ‘kong’? Tabiat ini juga sebenarnya tidak bagus untuk hayat bateri anda kerana mengurangkan bilangan kitaran yang tinggal pada sel lithium-ionnya.

Dalam contoh mudah, katalah telefon anda mempunyai set kitaran sebagai 100x, dan setiap kali ia dicas penuh, jumlah kitaran itu akan berkurangan. Pada akhirnya ia menjadi punca mengapa bateri telefon tak tahan lama.

Sebaliknya, teknik mengecas telefon berulang-kali dalam masa sehari sebenarnya amat disarankan. Malah ia amat ‘disukai’ oleh bateri anda dan dapat memastikan jangka hayat yang lebih panjang.

Jadi untuk hayat bateri yang lebih optimum, bateri telefon anda tidak seharusnya dibiarkan kurang daripada 20% atau melebihi 80%.

5. Cas bersama sarung telefon

240223 Tips Elak Cas Phone

Macam renyah aje nak tanggalkan sarung telefon untuk mengecas, tapi ia perlu dilakukan bagi mengelakkan peningkatan suhu. Sarung telefon dapat berikan perlindungan tambahan, namun semasa mengecas ia boleh mengakibatkan suhu terperangkap. Kesannya, telefon akan menjadi panas!

Jadi untuk menjaga telefon anda secara keseluruhannya, pastikan anda menanggalkan terlebih dahulu sarungnya sebelum dicas, okay?

Kesilapan yang disenaraikan di atas memang sering dilakukan, kalau tak semua, mesti ada salah satu. Macam saya sendiri, selalu cas bersama sarung telefon. Tapi memandangkan sekarang anda sudah tahu apa yang betul dan yang perlu dielakkan semasa mengecas telefon, jangka hayat bateri anda akan lebih tahan lama selepas ini. Pastikan anda ingat tips yang dikongsikan ini ya!

[Sumber: Gizchina]

Bacaan berkaitan:

  • TIPS: 5 cara berkesan jaga bateri telefon & laptop supaya tahan lama
  • TIPS: 7 Cara elak telefon pintar cepat panas
  • TIPS: 5 cara caj bateri telefon dengan cepat
Tags: cas telefon pintarperkara elak cas telefon pintar
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

No Content Available

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER