• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic 6 Pro terima skor paparan tertinggi DXOMark, tapau Galaxy S24 Ultra

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:14 pm
  • 26/02/2024
  • Komen
Honor Magic 6 Pro terima skor paparan tertinggi DXOMark, tapau Galaxy S24 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Sejurus pelancaran Honor Magic 6 Pro di pentas MWC 2024, DXOMark telah mengeluarkan laporan terbaru mengenai skor penanda aras paparan telefon pintar. Mereka mendedahkan telefon flagship terbaru Honor itu menduduki tempat pertama, sekali gus menjadikannya paparan terbaik pada telefon pintar setakat ini.

Di DXOMark, Honor Magic 6 Pro memperoleh markah tertinggi untuk paparan iaitu pada 157. Ini malah melangkaui markah yang diperoleh pesaing flagship lain seperti Samsung Galaxy S24 Ultra yang menerima 155 markah, diikuti dengan Google Pixel 8 Pro pada 154 markah.



Menurut DXOMark, mereka menentukannya dengan menjalankan ujian menerusi enam kriteria pada paparan termasuk dari segi kebolehbacaan, warna, video, gerakan, sentuh dan artifak. Hasilnya, mereka mendapati yang paparan Honor Magic 6 Pro ini berikan pengalaman terbaik untuk semua penggunaan, terutamanya untuk gaming.

Dalam kesemua kriteria yang disebutkan tadi, Magic 6 Pro menerima markah terbaik untuk pergerakan atau ‘motion’ pada skrin. Ini adalah kerana, paparan Magic 6 Pro ini dapat menguruskan kadar ketidakpadanan bingkai dan ‘motion blur’ dengan sangat cemerlang, berikan pengalaman menonton video berkualiti tinggi atau bermain game yang menyeronokkan.



Tahap kecerahan paparan Honor Magic 6 Pro berbanding pesaing lain

Selain itu, DXOMark turut menyatakan paparannya ada kecerahan yang baik dalam pelbagai pencahayaan dari segi kebolehbacaan, tetapi kecerahan puncaknya tidak mencapai seperti apa yang ditawarkan Galaxy S24 Ultra atau pesaing lain.

Ketepatan warna paparan Magic 6 Pro
Purata tidak balas sentuh paparan Magic 6 Pro

Di samping itu, warna yang dihasilkan pula cukup tepat dan stabil untuk kegunaan di luar, serta skrinnya ada purata masa respon sentuh sepantas 53ms, lebih baik daripada Galaxy S24 pada 65ms dan Magic 5 Pro pada 70ms.

Perubahan warna pada paparan Magic 6 Pro – Dot di antara bulatan dalaman dan luar bulatan menunjukkan ia mengalami perubahan warna

Namun, terdapat juga kekurangan pada paparan ini, di mana mereka mengesan terdapat perubahan warna pada paparan apabila memegang telefon pada sudut tertentu. Satu lagi kekurangannya adalah, panel skrin Magic 6 Pro ini ada corak bergaris, tetapi hanya apabila berada dalam pencahayaan malap sahaja dan tidak dalam pencahayaan lain.

Sungguhpun begitu, paparan Magic 6 Pro ini dikatakan DXOMark mempunyai peningkatan baik berbanding model terdahulu Magic 5 Pro. Atas kertas, Magic 6 Pro ini menggunakan paparan LTPO 6.8-inci pada resolusi FHD+ 1280 x 2800, bersama kadar penyegaran 120Hz.

Magic 6 Pro setakat ini hanya dilancarkan di peringkat antarabangsa, dan masih belum memasuki Malaysia. Ia dilancarkan pada harga EUR1,299 (~RM6,714). Untuk mengalamai sendiri kehebatan skrin pada Magic 6 Pro, nantikan pelancarannya Malaysia.

[Sumber: DXOMark]

Bacaan berkaitan

  • [MWC 2024] Honor gila kamera telefoto, Magic 6 Pro ada sensor 180MP
  • Bateri berteknologi baru Honor Magic 6 Pro lulus ujian ekstrem di angkasa lepas
  • Honor akan lancar dua peranti flagship Februari nanti, ada varian eksklusif
Tags: dxomarkhonorHonor Magic 6 Propaparan
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor Magic 6 Pro terima skor paparan tertinggi DXOMark, tapau Galaxy S24 Ultra

Honor Magic 6 Pro terima skor paparan tertinggi DXOMark, tapau Galaxy S24 Ultra

26 February 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN